Pergi ke kandungan

Itihasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ganesha mencatatkan epik Mahabharata yang diceritakan oleh Vyasa

Itihāsa (bahasa Sanskrit) merujuk kepada epik-epik Ramayana dan Mahabharata yang berasal dari negara India.

Sebuah itihāsa menceritakan suatu kisah zaman silam, dan yang telah diturunkan secara lisan sejak turun-temurun. Dengan peredaran masa, kisah-kisah ini telah ditulis. Secara kebetulan, kedua-dua Mahabharata dan Ramayana telah ditulis oleh saksi dan seorang watak dalam epik-epik tersebut. Penulis Ramayana ialah Valmiki dan Mahabharata direkodkan oleh Vyasa. Sehingga kini, kedua-dua epik ini telah mempengaruhi hampir semua bidang kesenian India, seperti kesusasteraan seperti puisi dan sajak, seni lukisan, seni tarian, seni muzik, seni lakonan dan pementasan.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Sanskrit terma itihāsa इतिहास berasal daripada perkataan iti ha āsa इति ह आस, yang bermaksud "maka, demikian ia berlaku".

Menurut definisi yang diberikan oleh beberapa teks Sanskrit, sesuatu Itihāsa perlu mengandungi topik-topik berkaitan puruṣārtha iaitu Dharma (kebaikan), artha (kekayaan), kama (keinginan), dan Moksha (kebebasan). Ini lazimnya dilakukan secara penceritaan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman purba.[1]

Perkataan 'Itihāsa' dan 'Purana' telah kerap kali disebut dalam teks-teks Veda (contohnya, Atharvaveda 15.6.4[2]; Śatapatha Brāhmaṇa 13.4.3.12[3]; Bṛihadāraṇyaka Upaniṣad 2.4.10)[4].

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

1, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Swam Harshananda (2007), Ramakrishna Math Bangaluru[5], [6]