Istana kota Dover
Istana kota Dover merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Istana kota gergasi ini teguh berdiri melalui masa-masa sukar di "White Cliffs" (Tebing Putih) mengadap bandar pelabuhan yang sibuk ini. Istana kota Dover sebagaimana dilihat hari ini hasil pembinaan semula di atas perintah Raja Henry II, tetapi tapak ini telah dianggap sebagai kedudukan strategik sejak Zaman Besi. Istana kota Dover telah melalui perjalanan masa yang panjang yang penuh warna dengan baik. Tinggi dari tembok disebelah timur laut istana kota, terdapat puing rumah api (pharos) Rom kurun pertama, dan gereja Anglo-Saxon church yang cantik.
Istana kota yang pertama kemungkinannya dibina oleh Anglo-Saxon, yang kemudiannya diperbaiki dengan ketibaan William the Conqueror. Istananya kemudian dibangunkan dengan menggunakan batu, tetapi "motte" (busut) Norman yang menempatkan istana kota awal kekal sehingga hari ini sebagai Bukit Istana (Castle Hill). Pembinaan bermula bagi istana kota Dover masa kini pada akhir kurun ke dua belas dengan pembinaan Menara Utama ("Keep" yang terbesar di Britain - dan ia dimasuki melalui bangunan hadapan yang lebih banyak berbanding yang dibina sebelumnya atau selepes itu.
Pada setiap pepenjuru Menara Utama terdapat turet tambahan ("buttress turret"), dan pertengahan sepanjang dinding terdapat tiang pengukuh "pilaster buttress". Setinggi empat tingkat, Menara Utama terdiri dari bilik bawah tanah, tingkat pertama, dan tingkat kedua merangkumi dua tingkat, tingkat atas yang merupakan galeri mural. Apartmen diraja terletak di tingkat kedua, sama kedudukannya tetapi kurang berhias berbanding di atas. Kesemua tingkat disambung oleh laluan tangga terletak di turet penjuru utara dan selatan.
Memberikan laluan pada laluan tangga, dan dua gereja kecil ("chapel"), adalah bangunan hadapan. Adalah menarik bagi melihat hiasan gereja kecil - yang di bawah dihias gaya Gothic, dan yang di atas dihiasi menurut gaya akhir Norman dan mewah dengan hiasan. Tersergam di luar Menara Utama, kepentingan bangunan hadapan menara tiga dapat dilihat secara penuh, kerana ia mengandur sepanjang tembok timur Menara Utama dan membelok penjuru tembok selatan. Berpaksikan pertahanan kukuk ini menara berlapis berkembang, pembinaan selesai pada pertengahan kurun ke tiga belas. Henry III bertanggungjawab bukan saha untuk menyiapkan was usaha bapanya, tetapi menghiasi, membina dan mengukuhkan istana kota yang cantik ini. Dia menyiapkan sekumpulan menara yang kini dikenali sebagai Menara Norfolk, menyambung tembok pertahanan luar, yang terdiri daripada dua puluh menara individual, dan membina Pintu Pagar Constable yang mengkagumkan. Menjelang masa ini istana kota Dover telah mencapai kemuncak potensinya sebagai istana kota kebal dan kediaman mewah.
Pintu Pagar Constable dibina bagi menggantikan laluan masuk sebelumnya, ia terdiri daripada sekelompok menara bulat pelbagai saiz dengan tapak bawah menjunam jauh kedalam parit memastikan sudut serangan tersebut turut dilindungi. Menara silinder bersambung dengan laluan masuk ke hadapan, dan dibelakang Constable, terletak kuarters kediaman. Sungguhpun laluan masuk terselamat sejak tempoh zaman pertengahan ("medieval"), kuarters kediaman telah dipermodenkan.
Semasa Perang Saudara Inggeris, istana kota Dover telah diserang dan dikuasai oleh pasukan Cromwell selama beberapa tahun, tetapi tanpa penjarahan dan kerosakan meluas yang merupakan perkara biasa pada tempoh ini. Ia telah memainkan peranan ketenteraan penting sepanjang sejarah, dan bukti dari beberapa tempoh pertempuran bertaburan disepanjang tapak yang luas ini. Jauh tersorok di dalam Tebing Putih ("White Cliff" yang terkenal ini, di bawah istana kota itu sendiri, merupakan jaringan terowong bawah tanah yang meluas, yang pada asalnya dibina pada Zaman Pertengahan. Terowong ini disambung dengan banyaknya semasa perang Napoleon sabagai berek tambahan bagi sejumlah besar tentera yang dipanggil ke Dover ketika ancaman serangan penjajahan Perancis meningkat. Kompleks bawah tanah yang luas ini turut memainkan peranan penting semasa Perang Dunia Kedua.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Goodall, John, "Dover Castle and the Great Siege of 1216 Diarkibkan 2012-02-04 di Wayback Machine", Chateau Gaillard v.19 (2000) (the online version lacks the diagrams of the print version)
- Jeffrey, Kate, "Dover castle", Published by English Heritage, 1997
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Coad, Jonathan (1995), Book of Dover Castle and the Defences of Dover, B. T. Batsford, ISBN 0-7134-7289-8
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Istana kota Dover |
- Dover Castle page at the English Heritage website.
- Bibliography of sources relating to Dover Castle
- Friends of Dover Castle
Imej