Istana Mukden
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | 瀋陽故宮 |
Sebahagian dari | Imperial Palaces of the Ming and Qing Dynasties in Beijing and Shenyang |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
Lanjutan | 2004 |
Laman sesawang | http://www.sypm.org.cn |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Shenyang, Republik Rakyat China |
Koordinat | 41°47′45″N 123°27′00″E / 41.7958°N 123.45°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Istana Mukden (Cina ringkas: 盛京宫殿 ; Cina tradisional: 盛京宮殿 ; pinyin: Shèngjīng Gōngdiàn) atau Shenyang Gugong (Cina ringkas: 沈阳故宫 ; Cina tradisional: 瀋陽故宮 ; pinyin: Shěnyáng Gùgōng), juga dikenali sebagai Istana Maharaja Shenyang, adalah bekas istana maharaja pada awal Dinasti Qing di China.
Ia telah dibina pada tahun 1625 dan tiga maharaja pertama dinasti Qing tinggal di sini antara tahun 1625 sehingga 1644. Ia terletak di pusat kota Mukden, Manchuria (Shenyang, China).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembinaan awal bermula pada tahun 1625 oleh Nurhaci. Pada 1631, struktur-struktur tambahan dibina di bawah Maharaja Huang Taiji.
Istana Mukden Palace telah dibina bagi menyerupai Kota Larangan di Beijing. Walau bagaimanapun, istana ini juga memiliki gaya-gaya Manchu dan Tibet.
Selepas dinasti Qing digantikan dengan dinasti Ming pada tahun 1644 di Beijing, istana Mukden kehilangan statusnya sebagai sebuah kediaman rasmi maharaja. Sebaliknya, Istana Mukden menjadi sebuah istana wilayah.
Pada tahun 1780, Maharaja Qianlong membesarkan istana. Penganti maharaja dari dinasti Qing biasanya tinggal di Istana Mukden untuk beberapa ketika pada setiap tahun.
Muzium
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1955, Istana Mukden telah diubah menjadi Muzium Istana Shenyang. Pada tahun 2004, ia telah dimasukkan di dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai satu peluasan bagi tapak Istana Maharaja Dinasti Ming dan Qing di Beijing.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
Koordinat: 41°47′46″N 123°26′58″E / 41.79611°N 123.44944°E