Istana Bruce
Istana Bruce | |
---|---|
Etimologi | kerabat Bruce |
Maklumat umum | |
Jenis | Rumah manor, muzium tempatan, kawasan pemuliharaan, muzium pihak berkuasa tempatan |
Lokasi | Lordship Lane, Haringey |
Alamat | Lordship Lane, Tottenham, London, N17 8NU |
Negara | United Kingdom |
Koordinat | 51°35′57″N 0°4′31″W |
Rujukan Grid Kebangsaan | TQ 33396 90676 |
Pembinaan bermula | 1684 |
Tapak web | |
https://www.brucecastle.org/ | |
sunting · sunting di Wikidata |
Istana Bruce (dahulunya Rumah Lordship) ialah sebuah rumah manor terpelihara Gred I dari kurun ke-16[a] yang terletak di Lordship Lane, Tottenham, London. Istana kota ini dinamakan sempena kerabat Bruce yang dahulunya memiliki tanah di mana bangunan ini dibina. Dipercayai berdiri di atas tapak bangunan terdahulu yang kurang diketahui, rumah semasa ini adalah salah satu rumah bata Inggeris tertua yang masih ada. Ia telah diubah suai pada abad ke-17, ke-18 dan ke-19.
Rumah itu telah menjadi kediaman kepada Sir William Compton, Baron Coleraine dan Sir Rowland Hill, antara lain. Selepas berkhidmat sebagai sekolah pada kurun ke-19, apabila sambungan besar dibina di barat, ia telah ditukar menjadi muzium yang meneroka sejarah kawasan yang kini membentuk Boro London Haringey, dan dengan hubungan kuat bersama Sir Rowland Hill, sejarah Royal Mail. Bangunan ini juga menempatkan arkib Boro Haringey. Sejak tahun 1892, perkarangan istana kota itu telah menjadi taman awam, yang tertua di Tottenham.
Asal usul nama
[sunting | sunting sumber]Nama Istana Bruce berasal daripada kerabat Bruce, yang secara sejarahnya memiliki sepertiga daripada manor Tottenham. Walau bagaimanapun, tiada istana di kawasan itu, dan tidak mungkin keluarga itu tinggal berdekatan.[kut. 1] Selepas menaiki takhta Scotland pada tahun 1306, Robert I telah melucut hak tanahnya di England, termasuk pegangan Bruce di Tottenham,[kut. 1] menamatkan hubungan antara keluarga Bruce dengan kawasan itu. Bekas tanah Bruce di Tottenham telah diberikan kepada Richard Spigurnell dan Thomas Hethe.[1]
Tiga bahagian manor Tottenham telah disatukan pada awal abad ke-15 di bawah keluarga Gedeney dan kekal bersatu sejak itu.[1] Dalam semua rekod awal, bangunan itu dirujuk sebagai Rumah Lordship. Nama Istana Bruce kelihatan pertama kalinya diterima pakai oleh Henry Hare, Baron Coleraine ke-2 (1635–1708),[kut. 1] walaupun Daniel Lysons membuat spekulasi dalam The Environs of London (1795) bahawa penggunaan nama ini bermula pada akhir abad ke-13. [1]
Seni bina
[sunting | sunting sumber]Menara Tudor silinder terpisah berdiri di barat daya rumah dan secara umumnya dianggap sebagai bahagian terawal bangunan.[kut. 2] Walau bagaimanapun, Lysons percaya menara itu merupakan penambahan yang kemudian.[1] Dibina dengan bata merah tempatan, menara itu mempunyai ketinggian 21 kaki (6.4 m) dan dindimg berketebalan 3 kaki (0.91 m).[kut. 2] Pada tahun 2006, penggalian mendedahkan bahawa ia bersambung untuk beberapa jarak di bawah tanah.[2] Ia digambarkan pada tahun 1829 sebagai di atas telaga yang dalam dan digunakan sebagai tempat penyimpanan tenusu.[3]
Sumber-sumber tidak bersetuju dengan tarikh pembinaan awal rumah itu dan tiada rekod pembinaanya yang terselamat. Terdapat beberapa bukti kaji purba yang menunjukkan bahagian bangunan itu berasal dari abad ke-15;[kut. 2] History and Antiquities of the Parish of Tottenham oleh William Robinson mencadangkan tarikhnya kira-kira 1514,[kut. 3] walaupun Suruhanjaya Diraja mengenai Monumen Sejarah mengaitkannya pada penghujung kurun ke-16. Nikolaus Pevsner berspekulasi bahagian depan mungkin merupakan sebahagian dari rumah perkarangan yang sisanya telah hilang.[kut. 4]
Bahagian depan rumah agam telah diubah suai dengan ketara. Rumah itu dibina daripada bata merah dengan penjuru berbatu halus dan muka utama, diakhiri dengan ruang padanan simetri yang mempunyai tingkap-tingkap kaca yang tinggi. Rumah dan menara terpisah merupakan antara penggunaan batu bata terawal sebagai bahan binaan utama untuk rumah Inggeris.[kut. 5]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sumber-sumber adalah berbeza mengenai tarikh pembinaan; beberapa tarikh bangunan semasa ke abad ke-15, tetapi kebanyakan bersetuju bahawa rumah itu bermula dari abad ke-16, walaupun tidak ada sepersetujuan mengenai tarikh yang tepat.
- ^ Seperti kebanyakan peta Inggeris pada zaman itu, peta ini dijajarkan dengan selatan di bahagian atas (dalam erti kata lain, "terbalik" apabila dibandingkan dengan peta-peta moden). Jajaran jalan di kawasan ini terpelihara sehingga hari ini; jalan yang membentang dari timur ke barat merupakan Lordship Lane (Lorong Ketuanan), jalan dari utara ke selatan melepasi gereja ialah Church Lane (Lorong Gereja) masa kini; Bruce Grove tidak wujud lagi, tetapi laluan akhirnya boleh dilihat di sempadan padang yang membentang secara menyerong di selatan istana kota. Padang besar yang bertentangan dengan rumah (ditanda sebagai "Lease") merupakan penjuru timur laut bagi padang rumput air, yang menjadi Ladang Broadwater. Padang ke timur Church Lane merupakan Taman Istana Bruce pada masa kini, manakala di sebelah barat yang mengelilingi gereja kini menjadi sebahagian daripada Perkuburan Tottenham.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Kutipan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Pegram (1987), hlmn. 2
- ^ a b c Pegram (1987), hlmn. 3
- ^ Robinson (1840), hlmn. 216
- ^ Cherry dan Pevsner (1998), hlmn. 584
- ^ Cherry dan Pevsner (1998), hlmn. 11
Umum
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Lysons, Daniel (1795), "Tottenham", The Environs of London (dalam bahasa Inggeris), London, 3: 517–557, diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2011, dicapai pada 2 Oktober 2008
- ^ "Bruce Castle Park community excavation, 2006" (dalam bahasa Inggeris). Muzium London. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2015. Dicapai pada 2 Oktober 2008.
- ^ "Bruce Castle". The Mirror of Literature, Amusement, and Instruction (dalam bahasa Inggeris). 13. 3 Januari 1829. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2009. Dicapai pada 27 Januari 2010.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Cherry, Bridget; Pevsner, Nikolaus (1998), London 4: North (dalam bahasa Inggeris), London: Penguin, ISBN 0-14-071049-3, OCLC 40453938
- Clifford, Anne (1990), The Diaries of Lady Anne Clifford (dalam bahasa Inggeris), Stroud: Alan Sutton, ISBN 0-86299-560-4, OCLC 59978239
- Connor, Jim (2004), Branch Lines to Enfield Town and Palace Gates (dalam bahasa Inggeris), Midhurst: Middleton Press, ISBN 1-904474-32-2, OCLC 56538572, OL 8771918M
- Lake, G.H. (1945), The Railways of Tottenham (dalam bahasa Inggeris), London: Greenlake Publications Ltd, ISBN 1-899890-26-2, OL 12253430M
- Olsen, Donald J. (1976), The Growth of Victorian London (dalam bahasa Inggeris), London: Batsford, ISBN 0-7134-3229-2, LCCN 76383414, OCLC 185749148, OL 26824211M
- Pegram, Jean (1987), From Manor House... to Museum, Haringey History Bulletin (dalam bahasa Inggeris), 28, London: Persatuan Sejarah Hornsey, ISBN 0-903481-05-7
- Robinson, William (1840), History and Antiquities of the Parish of Tottenham (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2), London, OCLC 78467199
- Underwood, Peter (1992), The A–Z of British Ghosts (dalam bahasa Inggeris), London: Chancellor Press, ISBN 1-85152-194-1, OCLC 59933047, OL 22641518M