Pergi ke kandungan

International School of Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) (English: The International School of Kuala Lumpur) merupakan sejenis sekolah harian antarabangsa. Sekolah ini di tubuhkan pada tahun 1965 di Istana, Jalan Maxwell dengan seramai 48 orang pelajar kini ISKL terletak di Ampang Hilir, Kuala Lumpur dan mempunyai lebih 1,800 orang pelajar mewakili lebih 60 Kewarganegaraan[1].

ISKL merupakan salah sebuah sekolah pertubuhan bukan untung. ISKL menawarkan sistem pembelajaran kurikulum Amerika utara dan juga program Diploma International Baccalaureate (IBDP). Setiap tahun ISKL menawarkan dua biasiswa IBDP kepada pelajar lepasan SPM yang berkelayakan.

Pentadbiran dan Pengurusan

[sunting | sunting sumber]

ISKL adalah sebuah sekolah berdaftar dengan kerajaan sebagai sebuah Pertubuhan di bawah Ordinan Pertubuhan (RoS). ISKL merupakan sebuah sekolah yang ditadbir-milik oleh ibubapa dan bukan berasaskan keuntungan. ISKL juga berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta.