Pergi ke kandungan

Interlingua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Interlingua
Sebutan/ɪntərˈlɪŋɡwə/; IA: [inteɾˈliŋɡwa]
Dicipta olehInternational Auxiliary Language Association
Latar dan penggunaanPendaftaran saintifik perbendaharaan kata antarabangsa; bahasa buatan antarabangsa
Pengguna(Tidak diketahui setakat 1951)
Penggunaan
Rumi
SumberPerancis, Itali, Portugis, Sepanyol, Jerman, Inggeris, Rusia dan Latin
Status rasmi
Dikawal selia olehTiada badan kawal selia
Kod bahasa
ISO 639-1ia
ISO 639-2ina
ISO 639-3ina

Interlingua (ISO 639; kod bahasa: ia, ina) ialah bahasa buatan antarabangsa (IAL) yang dibangunkan antara 1937 hingga 1951 oleh International Auxiliary Language Association (IALA). Ia merupakan bahasa buatan yang kedua atau ketiga paling popular (selepas Esperanto dan mungkin Ido) serta juga bahasa buatan naturalis yang terpopular.[1] Sebahagian besar perbendaharaan kata, tatabahasa, dan ciri-cirinya yang lain berasal daripada bahasa sejadi. Interlingua dibangunkan untuk menggabungkan tatabahasa yang mudah dan hampir tetap [2][3] dengan perbendaharaan kata yang sepunya dengan paling banyak bahasa yang mungkin.[4] Justera, ia amat sangat mudah dipelajari, sekurang-kurangnya bagi mereka yang bertuturan bahasa asli yang merupakan sebahagian sumber perbendaharaan kata dan tatabahasa Interlingua.[5] Sebaliknya, Interlingua juga boleh digunakan sebagai pengenalan pantas kepada banyak bahasa sejadi.[1] Interlingua juga luar biasa kerana ia dapat difahami dengan segera oleh ratusan juta orang [6] yang bertuturan bahasa Romawi.

Nama "Interlingua" berasal daripada perkataan-perkataan Latin, inter yang bermakna "antara" dan lingua yang membawa pengertian, "lidah" atau "bahasa". Morfem-morfem itu adalah tepat sama dalam bahasa Interlingua. Justera, Interlingua ialah "antara bahasa" atau "bahasa perantaraan".

Kawasan yang bahasa Romawi umumnya dituturkan diwarnakan dalam peta ini. Interlingua harus dapat difahami dengan mudah oleh sekurang-sekurangnya sebahagian besar daripada melebihi 600 juta penutur asli bahasa Rumawi.

Gerakan-gerakan sains, teknologi, perdagangan, diplomasi, dan seni yang mewah, bergabung dengan dominans sejarah bahasa Greek dan Latin, telah menghasilkan sebuah perbendaharaan kata sepunya yang besar dalam kalangan bahasa Barat. Interlingua menggunakan suatu tatacara yang objektif untuk mendapatkan dan menstandardkan perkataan-perkataan yang digunakan secara meluas bagi sesuatu konsep yang didapati dalam set bahasa kawalan: bahasa-bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Sepanyol, dan Portugis, dengan bahasa Jerman dan bahasa Rusia sebagai rujukan sekunder. Perkataan-perkataan daripada mana-mana bahasa berlayak dimasukkan ke dalam Interlingua, asalkan keantarabangsaannya dapat ditunjukkan menerusi kewujudan perkataan tersebut dalam bahasa-bahasa kawalan. Justera, Interlingua merangkumi berbagai-bagai bentuk perkataan seperti perkataan Jepun, geisha dan samurai , perkataan Arab califa, perkataan orang Asli Australia kanguru, dan perkataan Findland, sauna.[4]

Interlingua menggabungkan perbendaraan kata tersebut yang sedia ada dengan tatabahasa yang minimum, berdasarkan bahasa-bahasa kawalan. Orang-orang yang menguasai mana-mana satu bahasa Romawi dengan baik atau mempunyai sedikit pemahaman bahasa Romawi bersama-sama dengan pengetahuan perbendaharaan kata saintifik antarabangsa yang memadai sering memahami Interlingua sebaik sahaja mereka membaca atau mendengarnya. Para penutur yang berpendidikan bahasa Inggeris juga dapat memahaminya dengan mudah..[7] Pemahaman Interlingua yang segera pula menyebabkannya amat sangat mudah dipelajari. Penutur bahasa yang lain juga dapat belajar bertuturan dan menulis Interlingua dalam masa yang singkat, disebabkan tatabahasanya yang mudah serta pembentukan perkataan yang tetap dan yang menggunakan sebilangan kecil akar kata dan imbuhan.[8]

Sebaik sahaja dipelajari, Interlingua boleh digunakan untuk belajar bahasa-bahasa lain yang berkaitan dengan mudah lagi pantas, malahan memahaminya dengan segera, menurut sesetengah kajian. Penyelidikan tentang pelajar bahasa Sepanyol menunjukkan bahawa, selepas mempelajari Interlingua, mereka dapat menterjemahkan teks asas daripada bahasa Itali, bahasa Portugis, dan bahasa Sepanyol. Dalam satu kajian pada 1974, sebuah kelas Interlingua menterjemahkan teks Sepanyol yang para pelajar yang sudah menyertai 150 jam pelajaran bahasa Sepanyol mendapati terlalu sukar untuk difahami.[1] Gopsill telah mencadangkan bahawa kebebasan Interlingua daripada ketaktetapan membenarkan pelajar menguasai mekanisme bahasa Interlingua dengan cepat.[1][8]

Perkataan dalam Interlingua mengekalkan bentuk asal bahasa sumber. Ia diubah dengan sedikit yang mungkin untuk menyelaraskannya dengan fonotaktik Interlingua. Setiap perkataan mengekalkan ejaan, sebutan, dan maknanya yang asal. Atas alasan itu, Interlingua sering diistilahkan sebagai sebuah bahasa buatan antarabangsa (IAL) naturalis. Bagaimanapun, istilah "naturalis" digunakan dalam pengertian yang tidak serupa dengan erti kata yang digunakan oleh bahasa berseni. Justera, daripada segi bahasa berseni, Interlingua bukanlah bahasa naturalis.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d Gopsill, F. P. (1990). International languages: a matter for Interlingua. Sheffield, England: British Interlingua Society. ISBN 0-9511695-6-4. OCLC 27813762.
  2. ^ See Gopsill, F. P. Interlingua: A course for beginners. Part 1. Sheffield, England: British Interlingua Society, 1987. Gopsill, here and elsewhere, characterizes Interlingua as having a simple grammar and no irregularities.
  3. ^ The Interlingua Grammar suggests that Interlingua has a small number of irregularities. See Gode (1955).
  4. ^ a b Gode, Alexander, "Introduction", Interlingua-English: A dictionary of the international language, Revised Edition, New York: Continuum International Publishing Group, 1971.
  5. ^ Breinstrup, Thomas, Preface, Interlingua course for beginners, Bilthoven, Netherlands: Union Mundial pro Interlingua, 2006.
  6. ^ Yeager, Leland B., "Le linguistica como reclamo pro Interlingua" (Linguistics as an advertisement for Interlingua), Interlinguistica e Interlingua: Discursos public, Beekbergen, Netherlands: Servicio de Libros UMI, 1991.
  7. ^ See for example Sexton, Brian C., "Interlingua at first hearing," Lingua e Vita, 1995, Issue 83.
  8. ^ a b Morris, Alice Vanderbilt, General Report Diarkibkan 2014-03-11 di Wayback Machine, New York: International Auxiliary Language Association, 1945.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wiktionary
Wiktionary
Edisi Interlingua dari Wiktionary, kamus/thesaurus bebas
Pertubuhan Interlingua
Kamus, tatabahasa dan kajian bahasa
Berita dan maklumat Interlingua
Sumber internet
Laman kerajaan dan perkhidmatan awam
Agama dan falsafah dalam Interlingua
Dokumen dan kesusasteraan