Institut Teknologi California
Moto | The truth shall make you free ("kebenaran akan membebaskan anda") |
---|---|
Jenis | Swasta |
Ditubuhkan pada | 1891 |
Pembiayaan | $2.107 bilion (2016) |
Presiden | Thomas F. Rosenbaum |
Staf akademik | 300 professorial faculty[1] |
Pelajar | 2,240 (2016) |
Siswazah | 979 (2016)[2] |
Ijazah/Sarjana | 1,261 (2016)[2] |
Lokasi | , , Amerika Syarikat 34°08′17″N 118°07′30″W / 34.138°N 118.125°WKoordinat: 34°08′17″N 118°07′30″W / 34.138°N 118.125°W |
Kampus | Suburban, 124-ekar (0.2 bt2; 50.2 he) |
Warna | Jingga dan putih |
Olahraga | National Collegiate Athletic Association] Divisyen III – Southern California Intercollegiate Athletic Conference |
Nama samaran | Beavers |
Penggabungan | |
Maskot | Beaver |
Laman sesawang | www |
Institut Teknologi Caltech (bahasa Inggeris: California Technology Institute , disingkatkan sebagai Caltech)[3] ialah universiti kedoktoran swasta yang terletak di Pasadena, California, Amerika Syarikat.
Ia pada asalnya didirikan sebagai institut persediaan dan vokasional oleh Amos G. Throop pada tahun 1891, namun ia turut menarik perhatian sebilangan saintis yang berpengaruh seperti George Ellery Hale, Arthur Amos Noyes dan Robert Andrews Millikan pada awal abad ke-20. Sekolah-sekolah persediaan tersebut dibubarkan pada tahun 1910 manakala kolejnya mendapat namanya kini pada tahun 1921. Pada tahun 1934, Caltech telah dipilih menyertai Persatuan Universiti Amerika serta merupakan asas kepada Makmal Perejangan Jet NASA yang ditubuhkan antara tahun 1936 dan 1943 di bawah kelolaan Theodore von Kármán, di mana ia masih diuruskan dan dikendalikan Caltech.[4][5] Universiti ini adalah salah satu institut teknologi di Amerika Syarikat terutamanya yang dikhususkan untuk pengajaran seni teknikal dan sains gunaan.
Caltech sering disebut sebagai salah satu universiti yang terbaik di dunia .[6][7] Alumni dan fakulti universiti tersebut telah melahirkan 37 pemenang Hadiah Nobel (salah satu pemenang tersebut ialah Linus Pauling, satu-satunya individu dalam sejarah yang memenangi dua anugerah yang tidak dikongsi), 1 pemenang Pingat Fields, 6 pemenang Anugerah Turing, 4 Ketua Saintis Angkatan Udara AS dan 71 pemenang Pingat Sains Negara atau Teknologi Amerika Syarikat. Ada 112 anggota fakulti yang telah dipilih untuk Akademi Negara Amerika Syarikat. Di samping itu, banyak anggota fakulti mempunyai hubungan dengan Institut Perubatan Howard Hughes serta NASA. Menurut suatu kajian yang dijalankan Kolej Pomona tahun 2015, Caltech berkedudukan nombor satu di AS untuk peratusan lulusan yang melanjutkan pelajaran meraih PhD.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Caltech: At a Glance". California Institute of Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada January 2, 2016.
- ^ a b "Fall Enrollment 2016-17". Caltech - Office of the Registrar. Dicapai pada October 27, 2016.
- ^ The university itself only spells its short form as "Caltech"; other spellings such as "Cal Tech" and "CalTech" are incorrect. The Institute is also occasionally referred to as "CIT", most notably in its alma mater, but this is uncommon.
- ^ "Member Institutions". American Association of Universities. Dicapai pada May 29, 2010.
- ^ "Early History". NASA Jet Propulsion Laboratory. Dicapai pada May 29, 2010.
- ^ "AWRU Rankings". AWRU.
- ^ "World University Rankings 2015-2016: results announced". Times Higher Education Rankings.
- ^ "Baccalaureate Origins of Earned Doctoral Degrees (2003-2012)" (PDF). 2015-07-01. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-25. Dicapai pada 2016-05-12.