Pergi ke kandungan

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
MIROS
Intisari agensi
Dibentuk3 Januari 2007; 17 tahun yang lalu (2007-01-03)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabat125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Eksekutif agensi
  • Profesor Dr. Wong Shaw Voon, Pengerusi
  • Profesor Madya Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Laman sesawang
www.miros.gov.my

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Institute of Road Safety Research; MIROS) ialah agensi berkanun kerajaan Malaysia, ditubuhkan pada 3 Januari 2007.[1] Penubuhannya telah dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil.1/2006 pada 15 Mei 2006 yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi.[1]

Agensi ini bertanggungjawab di dalam merancang dan menjalankan kajian dan penilaian berkaitan bidang-bidang yang melibatkan sektor keselamatan jalan raya dan bertindak sebagai pusat sehenti bagi pengumpulan dan penyebaran maklumat melalui percetakan dan program latihan.[1] MIROS ialah salah satu agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.[1]

Pada tahun 2014, Menteri Pengangkutan ASEAN telah melantik MIROS sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN. Pusat ini bertujuan untuk menyumbang dan mempromosikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan negara ASEAN, ini termasuklah undang-undang jalan raya, pengurusan data, pembangunan piawaian, pendidikan dan kesedaran keselamatan jalan raya.[2]

Antara fungsi MIROS ialah:[1]

  • ​​​​M​enjalankan penyelidikan yang menyeluruh ke atas keselamatan jalan raya dan memberikan hala tuju umum untuk aktiviti berkenaan penyelidikan keselamatan jalan raya.
  • Membantu dalam pembangunan objektif, dasar dan keutamaan nasional bagi pembangunan dan pentadbiran keselamatan jalan raya yang teratur.
  • ​​​​Menambah baik dan meningkatkan pengetahuan berasaskan perkembangan terkini berkaitan isu keselamatan jalan raya.
  • Meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap keselamatan jalan raya.
  • Menyebarkan maklumat berhubung dapatan penyelidikan keselamatan jalan raya.
  • Merancang dan menilai program keselamatan jalan raya serta menjalankan latihan berkaitan keselamatan jalan raya
  • ​Mewujudkan jaringan hubungan dan bekerjasama dengan badan-badan lain
  1. ^ a b c d e "Mengenai Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)". Kementerian Pengangkutan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-03. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  2. ^ MIROS is ASEAN road safety centre New Straits Times (28 November 2014). Dicapai pada 15 Mac 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]