Pergi ke kandungan

Institut Biosains

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada bulan 1 Ogos 1996 dan merupakan institut penyelidikan yang pertama ditubuhkan di UPM. Tujuan penubuhan IBS adalah sebagai pusat pembangunan kecemerlangan penyelidikan dan latihan siswazah lanjutan dalam bidang sains biologi. Penubuhan IBS bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan sains dan teknologi negara serta pembangunan modal insan bagi menyokong Pelan Induk Perindustrian dan Pertanian negara. Sejak penubuhannya, bidang penyelidikan di IBS telah berkembang dan semakin pesat membangun menjadi pusat penyelidikan utama di UPM.

Terdapat lima laboratori di Institut Biosains iaitu:

  • Laboratori Bioubatan Molekul
  • Laboratori Hasilan Semulajadi
  • Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA
  • Laboratori Bioteknologi Industri
  • Laboratori Sains Marin & Akuakultur

Wawasan Institut Biosains adalah untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan cemerlang bertaraf antarabangsa dalam penyelidikan sains hayat, sains kesihatan dan bioteknologi.

Misi Institut Biosains adalah untuk meningkatkan penyelidikan berimpak tinggi dan berdaya saing bagi menjana ilmu dan kekayaan untuk pembangunan negara melalui pemantapan kemudahan penyelidikan dan kepakaran dalam bidang sains hayat, sains kesihatan dan bioteknologi.

Matlamat Institut Biosains adalah untuk menjadi sebuah Institusi penyelidikan dan pembangunan yang terunggul dalam bidang sains hayat, sains kesihatan dan bioteknologi melalui:

  1. peningkatan dan pemantapan kepakaran di semua peringkat dari segi kuantiti dan kualiti dalam bidang penyelidikan tumpuan;
  2. penggarapan peruntukan yang mencukupi bagi menjalankan penyelidikan yang relevan dan berimpak tinggi;
  3. peningkatan pembangunan infrastruktur dan perolehan peralatan penyelidikan yang berteknologi tinggi;
  4. peningkatan hasil penyelidikan yang berkualiti tinggi dan penyediaan perkhidmatan profesional yang memenuhi kepuasan pelanggan, dan
  5. pewujudan rangkaian penyelidikan strategik dengan sektor swasta dan institusi-institusi penyelidikan terkenal di dunia.

Pengarah IBS kini dipegang oleh Prof Dr Fatimah Md. Yusoff

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.