Innocent Witness
Innocent Witness 증인 | |
---|---|
Pengarah | Lee Han |
Penulis | Lee Han Moon Ji-won |
Dihasilkan oleh | Kim Jae-joong Lee Jun-woo Kim Woo-jae |
Dibintangi | Jung Woo-sung Kim Hyang-gi |
Sinematografi | Lee Tae-yoon |
Disunting oleh | Nam Na-yeong |
Muzik oleh | Jo Yeong-wook |
Syarikat penerbitan | Movie Rock Studio By The Library |
Diedarkan oleh | Lotte Cultureworks |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 129 minit |
Negara | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Pecah panggung | AS$18.1 juta[1] |
Innocent Witness adalah sebuah filem drama dari Korea Selatan pada tahun 2019 yang diarahkan oleh Lee Han dan dibintangi oleh Jung Woo-sung dan Kim Hyang-gi. Filem ini diterbitkan di Korea Selatan pada 13 Februari 2019.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Seorang lelaki tua yang menderita penyakit kemurungan ditemui mati di dalam rumah, dan pembantu rumahnya, Mi-ran, didakwa atas pembunuhan itu. Peguam bela Mi-ran, Sun-ho, mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kejadian bunuh diri. Usaha tersebut digagalkan apabila Pendakwa raya Hee-joong, mengambil keterangan melalui saksi kejadian tersebut melalui sesi rakaman untuk dijadikan sebagai bahan bukti di dalam mahkamah. Soon-ho begitu teruja apabila mengetahui satu-satunya saksi kejadian itu ialah Ji-woo, seorang gadis remaja yang menghidap autisma. Dia ingin membawa Ji-woo ke kandang saksi namun dibantah oleh Hee-joong atas faktor mental dan fizikal Ji-woo yang istimewa.
Bagi Soon-ho, ini adalah kes yang dikendalikan secara percuma atas arahan majikannya, Byung-woo. Sebelum ini, Soon-ho seorang peguam yang hebat dan banyak mengendalikan kes berprofil tinggi, namun sejak kegagalannya mengendalikan satu kes milik bekas rakannya dan kekasihnya, Soo-in yang bekerja sebagai aktivis hak asasi manusia, dia kini lebih menumpukan perhatian untuk mengendalikan kes Ji-woo. Pelbagai usaha untuk dia mengambil keterangan daripada Ji-woo yang istimewa.
Pada hari perbicaraan balas di Mahkamah Tinggi Seoul, keterangan Ji-woo sebagai saksi disoal oleh Hee-joong dan akibat penyakit yang dihidapinya, Ji-woo mengatakan bahawa Mi-ran melakukan serangan ke atas si mati. Tindakan ini menyebabkan Byung-woo tidak berpuas hati dan menyatakan kepada mahkamah bahawa seseorang autisma mempunyai kecelaruan mental untuk mentafsir tingkah laku seseorang. Soon-ho bingkas menyokong tindakan ketuanya dan melalui hasil ujian mimik wajah menyebabkan Ji-woo gagal memuaskan hati para hakim dan juri, jika seseorang itu menyerang atau membantu. Ibu Ji-woo begitu kecewa dan sedar bahawa anaknya telah dipergunakan oleh Soon-ho dan dimalukan di dalam mahkamah. Ji-woo turut menjauhkan dirinya terhadap Soon-ho selepas itu dan sedar dia mempunyai masalah mental yang kronik dan tiada penawar baginya. Dia juga berimpian untuk menjadi seorang peguam seperti Soon-ho apabila dewasa kelak.
Dua minggu kemudian, pada hari sebutan hukuman, mahkamah telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh diri, keterangan dari Ji-woo sebagai saksi utama yang autisma tidak boleh diguna pakai. Mi-ran dibebaskan serta merta. Namun begitu, Hee-joong membuat permohonan rayuan untuk sesi rayuan kelak. Di kesempatan itulah, Soon-ho mula berubah hati dan mahu membantu Ji-woo. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh ibu Ji-woo tetapi sejak mahkamah rayuan menolak rayuan Hee-joong, Soon-ho tetap berusaha memujuk Ji-woo untuk dia kembali sebagai saksi selepas Soon-ho menyedari ada kesangsian terhadap perhubungan di antara Mi-ran dan Kim Man-ho, anak kepada si mati.
Tiga minggu kemudian, Ji-woo memujuk ibunya untuk dia kembali ke mahkamah rayuan sebagai saksi untuk menjelaskan kronologi kejadian tersebut. Pada hari perbicaraan, Soon-ho telah berpaling tadah terhadap pasukannya dan membantu Ji-woo untuk menceritakan kronologi penuh kejadian tersebut selepas mahkamah berpuas hati dengan keunikan ujian mental dan pendengaran yang tajam yang dilakukan oleh Soon-ho terhadap Ji-woo sebelum perbicaraan bermula. Tindakan Ji-woo akhirnya menyebabkan Mi-ran terpaksa mengaku bersalah dia atas pembunuhan itu melalui perancangan yang dilakukan oleh Man-ho, untuk menuntut wang insuran bapanya ekoran masalah kewangan yang dihadapinya sejak beberapa tahun yang lalu. Ji-woo berjaya membuktikan kepada mahkamah rayuan bahawa ini adalah kes jenayah pembunuhan bukan kes bunuh diri. Mi-ran dan Man-ho diberkas serta merta selepas pengakuan bersalah direkodkan. Soon-ho berterima kasih kepada Ji-woo yang berusaha setiap hari untuk berubah dari seorang autisma kepada seorang manusia yang sempurna. Soon-ho pula meneruskan perhubungannya dengan Soo-in untuk menyempurnakan hajat bapanya, Kil-jae agar dia segera menamatkan zaman bujangnya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Jung Woo-sung sebagai Soon-ho (Peguambela Mi-ran)
- Kim Hyang-gi sebagai Ji-woo (Gadis autisma)
- Lee Kyu-hyung sebagai Hee-joong (Pendakwa raya)
- Yum Hye-ran sebagai Mi-ran (Defendan)
- Jang Young-nam sebagai Hyun-jung (Ibu Ji-woo)
- Jung Won-joong sebagai Byung-woo (Majikan Soon-ho)
- Kim Jong-soo sebagai Man-ho (Anak lelaki kepada si mati)
- Kim Seung-yoon sebagai Shin-hye (Rakan sekelas Ji-woo)
- Park Geun-hyung sebagai Kil-jae (Bapa Soon-ho)
- Song Yoon-ah sebagai Soo-in (Kekasih Soon-ho)
- Lee Jun-hyeok sebagai Yoon-jae (Rakan kongsi Byung-woo)
- Lee Re sebagai Kyung-hee (Rakan sekelas Ji-woo dan Shin-hye)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Innocent Witness (2019)". Korean Film Biz Zone (dalam bahasa Inggeris).