Ingatan meruap
Penampilan
Jenis ingatan |
Meruap |
Tidak meruap |
Ingatan meruap, juga dikenali sebagai storan meruap atau peranti storan primer, ialah ingatan komputer yang memerlukan bekalan elektrik untuk mengekalkan maklumat tersimpannya. Lawannya ialah ingatan tak meruap yang tidak memerlukan bekalan elektrik.
Kebanyakan bentuk ingatan capaian rawak yang moden merupakan storan meruap, termasuk ingatan capaian rawak dinamik (DRAM), dan ingatan capaian rawak statik (SRAM). Ingatan boleh alamat kandungan dan RAM dwiport biasanya dilaksanakan dengan menggunakan storan meruap. Teknologi storan meruap yang awal termasuk ingatan garis lengah dan tiub Williams.