Pergi ke kandungan

Indon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengunaan perkataan Indon. dalam media Indonesia pada 1963.

Indon merupakan satu istilah ringkasan bagi panggilan orang Indonesia, sama seperti Brit kepada Briton/British (orang British) dalam bahasa Inggeris. Perkataan ini digunakan secara meluas termasuk oleh beberapa negara lain seperti Australia,[1][2] Filipina,[3] Malaysia dan Singapura.[4][5] Antara kegunaan awal istilah ini adalah dalam The Encyclopedia Americana‎ oleh Bernard S. Cayne, Robert S Anderson, Sue R Brandt (1829).[6]

Penggunaan awal istilah ini adalah dalam The Encyclopedia Americana oleh Bernard S. Cayne, Robert S Anderson, Sue R Brandt (1829).[7] Setelah Indonesia merdeka, istilah singkat Indon digunakan untuk membedakan dengan istilah Indo yang merujuk India,[8] seperti Indo-Arya, Indo-Eropa, Indo-Iran, dan Indochina. Sebagian media Indonesia menggunakan istilah ini pada tahun 1963 sampai 1982 untuk menyingkat Indonesia.[9][10][11][12] Jauh sebelum itu, pada masa orde lama istilah Indon sering digunakan untuk menyingkat kata Indonesia itu sendiri. Dalam buku BAHASA DAN BUDAJA yang diterbitkan oleh Lembaga Bahasa dan Budaja, Universitas Indonesia (1952)[13] memuat berbagai tulisan dan catatan kaki mengenai penggunaan singkatan Indon yang lazim digunakan untuk menyingkat Indonesia.

Munculnya pendefinisian Indon sebagai karakter bangsa Indonesia yang berkonotasi negatif ini berawal melesatnya perkembangan internet di Indonesia pada dekade 2000-an dan anggapan di kalangan nasionalis untuk tidak menyingkat penggunaan Indonesia. Puncaknya pada tahun 2006, Pemerintah Indonesia menentang dan melarang penggunaan istilah Indon baik di dalam maupun luar negeri.[14]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Istilah ini telah digunakan sejak 1960-an lagi.[15] Bagaimanapun sekitar 2006, timbul bantahan oleh pemerintah dan rakyat Indonesia mengenai penggunaan perkataan Indon yang dianggap menghina. Isu tersebut turut dibincang pada peringkat kerajaan Indonesia.[16]

Sehubung dengan itu, pemerintah Indonesia melalui Setiausaha Penerangan & Kemanusiaan (Sekretaris I Penerangan & Humas KBRI ) Eka A. Suripto menjelaskan bahawa pihak Duta Indonesia sudah menyampaikan bantahan secara rasmi kepada duta Malaysia di Indonesia pada 13 Mei 2007. Pihak kerajaan Malaysia kemudian mengambil tindakan serta merta dengan mengeluarkan larangan penggunaan istilah ini secara rasmi oleh Kementerian Penerangan Malaysia, pada 24 Mei 2007.[17][18]

Sehubung dengan perkara tersebut, kesemua media massa Malaysia telah mengelakkan penggunaan perkataan tersebut dalam laporan mereka sebagai menghormati permintaan pemerintah Indonesia.[19]

Penggunaan ringkasan bagi "Indonesia"

[sunting | sunting sumber]

Istilah ini digunakan di Australia sebagai ringkasan pada tajuk berita bagi menjimatkan ruang. Contohnya oleh The Sydney Morning Herald,[1] Brisbane Times[2] and AAP General News (Australia).[20][21]

Ringkasan ini turut digunakan dalam The New Encyclopaedia Britannica 1998,[22] dalam The World Almanac and Book of Facts 2003,[23] dan juga The World Almanac and Book of Facts 1999.[24]

Ringkasan ini juga digunakan di Malaysia bagi meringkaskan indonesia seperti di dalam akhbar dan surat khabar.[25][26][27][28]

  1. ^ a b Boat sinks off Indon coast, 30 missing - Sydney Morning Herald
  2. ^ a b Amnesty criticises Indon death penalty ruling - Brisbane Times
  3. ^ Indon commandos nab JI chief - Manila Times
  4. ^ "DR NG ENG HEN: INDON WARSHIP USMAN HARUN BANNED FROM SINGAPORE". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-21.
  5. ^ Atambua issue may hurt Indon efforts at CGI meeting - The Jakarta Post, 14 Oktober 2000
  6. ^ Google books- The Encyclopedia Americana‎ by Bernard S. Cayne, Robert S Anderson, Sue R Brandt - Reference - 1829
  7. ^ Bernard S. Cayne, Robert S Anderson, Sue R Brandt; The Encyclopedia Americana; New York: Americana Corporation, 1829
  8. ^ "Namanya Mirip, Apakah Nama Indonesia Berhubungan dengan India?". Bobo.id. Dicapai pada 20 November 2020.
  9. ^ Pemerintah Darurat Republik Indonesia, Mestika Zed, Angkatan '45 (Organization). Dewan Harian Daerah Sumatra Barat
  10. ^ Indonesian abstracts Madjelis Ilmu Pengetahuan Indonesia; Council for Sciences of Indonesia, 1963
  11. ^ The Indonesian quarterly; Centre for Strategic and International Studies; Yayasan Proklamasi, Centre for Strategic and International Studies, 1981
  12. ^ Published by Institute for Economic and Social Research, Education and Information., 1982 - Google books.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBUI1952
  14. ^ Larangan Menyebut "Indon"
  15. ^ The Straits Times, 9 May 1965, Page 1, Indon ship seized
  16. ^ Indonesia kurang senang media guna perkataan `Indon'
  17. ^ RI protest Malaysia soal Indon.
  18. ^ http://www.detiknews.com/indexfr.php?url=http://www.detiknews.com/index.php/detik.read/tahun/2007/bulan/05/tgl/13/time/130005/idnews/780073/idkanal/10
  19. ^ UMNO Minta Rakyat dan Media Massa Hentikan Panggilan "Indon".
  20. ^ Indon ship still stuck - AAP General News (Australia) | Date: August 25, 2007.
  21. ^ results sorted by relevancy - High Beam.[pautan mati kekal]
  22. ^ The New Encyclopaedia Britannica
  23. ^ The World Almanac and Book of Facts 2003
  24. ^ The World Almanac and Book of Facts 1999
  25. ^ Dua konsulat baru Indon, Berita Harian, 20 May 1982, Page 6
  26. ^ Indon juara tenis, Berita Harian, 22 November 1977, Page 7
  27. ^ MASYARAKAT INDON DI SINI, Berita Harian, 17 August 1995, Page 7
  28. ^ Ulama Indon, Berita Harian, 13 December 1986, Page 7

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]