Impedans
Galangan elektrik, atau lebih sering disebut impedans, menjelaskan saiz penolakan terhadap arus bolak-balik sinusoid. Impedans elektrik memperluaskan konsep rintangan elektrik ke litar AC, menjelaskan tidak hanya amplitud relatif dari voltan dan arus, tetapi juga fasa relatif. Impedans adalah kuantiti kompleks yang ditandakan dengan dan istilah impedans kompleks mungkin dapat ditukar ganti . Bentuk kutub secara praktikal menunjukkan baik ciri-ciri magnitud dan fasa ,
dimana magnitud menunjukkan perbandingan amplitud perbezaan voltan terhadap amplitud arus, memberikan perbezaan fasa antara voltan dan arus , sedangkan adalah bilangan khayalan .
Dalam koordinat kartesius ,
dimana bahagian nyata dari impedans adalah rintangan dan bahagian khayalan adalah reaktansi . Secara dimensi, impedans sama dengan rintangan; dan unit SI adalah ohm. Istilah impedans digunakan pertama kali oleh Oliver Heaviside pada Julai 1886 . [1] [2] Arthur Kennelly adalah yang pertama kali menunjukkan impedans dengan bilangan kompleks pada 1893 [3]. Kebalikan dari impedans adalah admitansi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Science , p . 18 , 1888
- ^ Oliver Heaviside , The Electrician , p . 212 , 23rd July 1886 reprinted as Electrical Papers , p64 , AMS Bookstore , ISBN 0-8218-3465-7
- ^ Kennelly , Arthur . Impedance ( IEEE , 1893 )