Imbangan perdagangan
Imbangan perdagangan (atau eksport bersih, juga kadangkala diwakilkan dengan simbol NX) adalah perbezaan antara nilai eksport barang nampak dengan nilai import barang nampak bagi sesebuah negara dalam masa-masa tertentu. Imbangan perdagangan yang positif dikenali sebagai lebihan perdagangan dan menunjukkan eksport melebihi import; sementara imbangan perdagangan negatif dikenali sebagai defisit perdagangan atau jurang perdagangan.
Definisi
[sunting | sunting sumber]Imbangan perdagangan membentuk sebahagian daripada akaun semasa yang juga termasuk transaksi lain seperti pendapatan daripada kedudukan pelaburan antarabangsa dan juga bantuan antarabangsa. Jika akaun semasa berada dalam lebihan, kedudukan aset antarabangsa negara bersih meningkat dan juga sebaliknya.
Imbangan perdagangan sama seperti perbezaan antara keluaran negara dan permintaan domestik (perbezaan antara barangan yang dikeluaran oleh negara dan barangan yang dibeli dari luar; ini tidak termasuk wang yang diguna semula untuk saham asing juga tidak termasuk import barangan yang digunakan untuk mengeluarkan barangan bagi pasaran tempatan).
Pengiraan imbangan perdagangan boleh menimbulkan masalah kerana masalah merekod dan mengumpul data.