Imam Perang Samah
Penampilan
Imam Perang Samah merupakan seorang pahlawan yang terlibat dalam angkatan perang Pahang sewaktu Perang Klang yang meletus dari tahun 1867 hingga 1874. Imam Perang ialah gelaran ketua atau pemimpin kepada sesebuah angkatan perang pada zaman dahulu.[1]
Imam Perang Samah diketahui berkedudukan di Guai, Temerloh dan di Kuala Tembeling. Berdasarkan rekod Inggeris dari Theodore Hubback dan Hugh Clifford. Hugh Clifford dalam tulisannya menceritakan bahawa Imam Perang Samah merupakan salah seorang ketua di Kuala Tembeling.
- ^ Kamus Pelajar Edisi Kedua. Dewan Bahasa Dan Pustaka.