Pergi ke kandungan

Ilustrasi (album Mega)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilustrasi
Album studio oleh Kumpulan Mega Sunting nilai ini di Wikidata
Dilancarkan pada30 April 1991
Dirakamkan pada1990/1991
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreHeavy Metal
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatJojo's Production
PengedarBMG Pacific
PenerbitRahim Othman
Kronologi Kumpulan Mega Sunting nilai ini di Wikidata
Mega
(1989)
Ilustrasi
(1991)
Rentak Kaki Lima
(1993)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Ilustrasi merupakan album studio kedua Kumpulan Mega yang dikeluarkan pada tahun 1991. Album Ilustrasi ini juga merupakan album pertama Mega yang memperkenalkan Rahmad (vokal) dan Munir (dram) sebagai anggota baharu mereka, menggantikan dua anggota yang terdahulu iaitu Zarith dan Joey yang menarik diri setelah pertandingan Juara Lagu '90 melabuhkan tiraianya.

Album ini mempertaruhkan lagu hit "Takdir Dan Waktu", ciptaan komposer terkenal Rahim Othman dan lirik oleh Juwie. Lagu tersebut nyata memberi tuah buat kumpulan ini apabila dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Juara Lagu '91 (Juara Keseluruhan). Selain itu, album ini juga mengandungi sebuah lagu yang digam daripada penyiaran iaitu "Puteri Nastasea" dan juga sebuah lagu instrumental "Ilustrasi Mega" pada bahagian solo terinspirasi/diambil pengaruh dari solo outro "Temple Of The Absurd" dari album solo Jason Becker "Perpetual Burn".

Ahli Kumpulan

[sunting | sunting sumber]
  1. Rahmad sebagai vokalis
  2. Adie sebagai gitaris
  3. Sam sebagai gitaris
  4. Mat Mega sebagai pemain bass
  5. Munir sebagai pemain dram

Senarai Lagu

[sunting | sunting sumber]
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Takdir Dan Waktu "JuwieRahim Othman5:00
2."Bila Berlabuh "BobM. Nasir4:10
3."Misteri Sebalik Dunia "RahmatMunir Mega3:32
4."Cahaya Kekasih "S. Amin ShahabM. Nasir5:13
5."Sekarang Ke III "BobM. Nasir4:40
6."Mega Cinta II "Zur'AinRahim Othman4:38
7."Samudera Alfa "LoloqAdie Mega3:46
8."Ilustrasi Mega (Instrumental) "Adie MegaAdie Mega4:40
9."Tulisanmu "BobMunir Mega3:55
10."Puteri Nastasea "LYLY5:09


Nota :
- Solo oleh Adie
- Solo oleh Sam

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]