Ilmuwan Islam (dokumentari)
Penampilan
Ilmuwan Islam | |
---|---|
Genre | Dokumentari / Sejarah |
Pencerita suara latar | Ahmad Noor Sulaiman |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit | Hisham Abdullah dan Mohd Fasil Idris (musim 1) Mohd Fasil Idris dan Zailan Abdul Rahman (musim 2) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 15 Ogos 2005 (musim 1) |
Ilmuwan Islam ialah satu siri dokumentari televisyen yang mula disiarkan TV3 pada 2005. Dokumentari ini mengisahkan para saintis dan cendekiawan Muslim yang menyumbang kepada ilmu pengetahuan khususnya di antara abad ke-8 dan abad ke-14.
Ilmuwan Islam pernah memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Skrin 2005 untuk episod Al-Idrisi (Musim Pertama)[1] dan Anugerah Media Islam Negara 2006 untuk episod Ibnu Haitham (Musim Kedua). Pada 2008 pula, siri ini diterbitkan dalam bentuk DVD.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Anugerah Skrin Ke-8 tidak segah temanya Utusan Online