Iktiraf (album)
Iktiraf | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 27 November 2000 | |||
Dirakamkan pada | April - Oktober 2000 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Studio | Pro Recording Studio | |||
Genre | ||||
Panjang | 51:51 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit |
| |||
Kronologi Noraniza Idris | ||||
| ||||
Single daripada Iktiraf | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Iktiraf ialah album studio kesepuluh oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 27 November 2000, oleh Suria Records. Noraniza sekali lagi menggunakan khidmat Pak Ngah sebagai penerbit album dan penggubah lagu.
Eksperimentasi
[sunting | sunting sumber]Menerusi album ini Noraniza dan Pak Ngah merakamkan lagu-lagu klasik dengan susunan muzik yang lebih rancak. Adunan kontemporari ini dibuat khas untuk menarik minat anak muda supaya meminati irama tradisional. Album ini juga menuntut Noraniza mendalami lebih dalam pelbagai jenis rentak tarian zapin. Ia banyak ditonjolkan dalam persembahan lagu Manira, Logamaya dan Ya Salam.
Jika Bekaba lebih kepada ekperimen terhadap bunyi-bunyian asli dayak, album kali ini kembali ke tunas Melayu. Pengaruh Arab yang banyak dalam lagu Melayu ditonjolkan dalam lagu-lagu zapin dan ghazal. Lagu Empat Dara menyaksikan Noraniza menyanyikan dengan beat yang lebih laju, begitu juga lagu asli Kuala Mersing.
Menerusi lagu Iboq (Kita), Noraniza meneruskan sinambungan eksperimentasinya untuk bunyian dayak dan pribumi. Ketika rakaman lagu ini, Noraniza mengundang pemuzik orang asli untuk turut salam merakam menerusi instrument mereka. Logamaya merupakan lagu tribe beritma Arab yang rancak dan menuntut seni tari yang lebih.
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Mengulek" (Prolog) | Ce' Kem | Tradisional Makyong | 3:03 | ||||||
2. | "Iboq (Kita)" | Siso | Indra | 5:05 | ||||||
3. | "Manira" | Ce' Kem |
| 5:07 | ||||||
4. | "Laduni" | Samoza | Pak Ngah | 4:35 | ||||||
5. | "Malinja" | Ahmad Jusoh | Ahmad Jusoh | 4:06 | ||||||
6. | "Logamaya" | Samoza | Pak Ngah | 4:32 | ||||||
7. | "Empat Dara" | Ahmad Jusoh | Atan Ahmad | 4:43 | ||||||
8. | "Dewangga" | A. Wahid Nasir | Indra | 4:50 | ||||||
9. | "Kuala Mersing" | Atan Penambang | Atan Penambang | 4:59 | ||||||
10. | "Ya Salam" | Ce' Kem | Anak Johor | 4:50 | ||||||
11. | "Joget Dondang Sayang" | Raja Kobat | Raja Kobat | 5:35 | ||||||
Jumlah masa: 51:51 |
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Menyaksikan single pertamanya, sebuah lagu beritma orang asli berjudul Iboq (Kita) diharamkan siaran di stesen-stesen radio kerana dikatakan membawa unsur syirik. 3 bulan selepas itu barulah lagu tersebut dibenarkan siar. Penampilan pertama Noraniza Idris menerusi lagu ini ialah ketika membuat persembahan pembukaan di Anugerah Industri Muzik 2001 di mana lagu tersebut juga dicalonkan untuk kategori Lagu Terbaik.
Single kedua berjudul Manira juga menimbulkan kontroversi apabila melibatkan pertelingkahan di antara Noraniza dan penerbit untuk album Iktiraf dan komposer lagu Manira sendiri, Pak Ngah ekoran lagu tersebut gagal mara ke Anugerah Juara Lagu kerana disadur daripada lagu lama berjudul Memikat Janda nyanyian Fadzil Ahmad. Noraniza kecewa kerana lagu itu yang dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik layak ke peringkat akhir dan saat-saat akhir lagu tersebut dikatakan tidak layak.
Info
[sunting | sunting sumber]Menerusi album ini, Noraniza berjaya menembusi pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2001. Noraniza dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album Terbaik (Wanita) menerusi persembahan vokalnya dalam album ini, Album Pop Etnik Terbaik serta Lagu Terbaik menerusi lagu Iboq (Kita). Biarpun tewas, Noraniza ternyata telah membuktikan kemampuannya menyanyikan lagu irama etnik kontemporari dengan cemerlang.