Ikhsan Fandi
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Ikhsan bin Fandi Ahmad[1] | |||||||||||||||
Tarikh lahir | 9 April 1999 | |||||||||||||||
Tempat lahir | Singapura | |||||||||||||||
Ketinggian | 184 cm (6 ka 0 in) | |||||||||||||||
Posisi permainan | Penyerang tengah, Sayap serang | |||||||||||||||
Maklumat kelab | ||||||||||||||||
Kelab terkini | BG Pathum | |||||||||||||||
Nombor | 99 | |||||||||||||||
Kerjaya remaja | ||||||||||||||||
2012–2013 | Akademi Bola Sepak Kebangsaan | |||||||||||||||
2013 | Hércules | |||||||||||||||
2014 | Barnechea | |||||||||||||||
2014–2015 | Universidad Católica | |||||||||||||||
Kerjaya Senior* | ||||||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | |||||||||||||
2016 | Home United | 4 | (0) | |||||||||||||
2017–2018 | Singa Muda | 30 | (8) | |||||||||||||
2019–2020 | Raufoss | 37 | (6) | |||||||||||||
2020–2021 | Jerv | 36 | (7) | |||||||||||||
2022– | BG Pathum | 30 | (14) | |||||||||||||
Pasukan kebangsaan‡ | ||||||||||||||||
2017–2021 | Singapore B-20 | 20 | (8) | |||||||||||||
2017–2021 | Singapore B-23 | 6 | (0) | |||||||||||||
2017– | Singapura | 34 | (17) | |||||||||||||
Pengalaman
| ||||||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 November 2022 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 24 September 2022 |
Ikhsan bin Fandi Ahmad (tarikh lahir 9 April 1999), lebih dikenali dengan nama panggilannya Ikhsan Fandi, ialah seorang pemain bola sepak profesional Singapura beretnik Melayu yang bermain sebagai penyerang atau pemain sayap bagi kelab Liga T1 BG Pathum dan pasukan kebangsaan Singapura. Beberapa media tempatan ada yang sampai memberikannya nama cembung, "Mimpi Buruk Indonesia".
Ikhsan merupakan Putera kepada pemain tengah popular Singapura, Fandi Ahmad. Ikhsan memulakan karier bola sepaknya melalui sistem remaja di Akademi Bola Sepak Kebangsaan (National Football Academy/NFA) Singapura, dengan percubaan dan peperiksaan kelayakan seterusnya di pelbagai kelab junior sebelum memulakan kerjaya seniornya sebagai profesional di penghujung masa remajanya, dengan tampil perdana pada kelab tempatan Home United[A] tahun 2016.[2]
Ikhsan berpindah ke Singa Muda pada 2017, sebelum menyertai liga kelab Norway, Raufoss IL dan FK Jerv masing-masing, menjaringkan 16 gol dalam semua perlawanan.[3] Pada 2021, dia kembali ke Asia, bagi menandatangani kontrak dengan BG Pathum di Liga T1 negara Thailand.
Ikhsan membina penampilan perdana antarabangsa seniornya bagi Singapura pada tahun 2017. Ikhsan telah mewakili negaranya dalam pelbagai kejohanan antarabangsa, termasuk Kejohanan AFF dan pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA AFC 2022.
Semasa Kecil dan Keluarga
[sunting | sunting sumber]Tarikh lahir Ikhsan ialah 9 April 1999, tempatnya di Thomson Medical Centre, pekan Novena, Singapura. Ikhsan berasal daripada keluarga beretnik Melayu dari Semenanjung yang mencari kerjaya lewat sepakan-sepakan indah ketika perlawanan bola sepak. Dia ialah putera kedua kepada pebola sepak legenda tempatan, Fandi Ahmad dan bekas peragawati kulit putih Afrika Selatan, Wendy Jacobs. Dia lima bersaudara, Abangnya, Irfan, bermain bersamanya di kelab liga T1 Thailand, BG Pathum dan dua adik lelaki yang lebih kecil, Ilhan, bermain bagi K.M.S.K. Deinze, Divisyen 2 Belgia dan Iryan, bermain bagi Hougang United, Adik Perempuan Ikhsan yang paling kecil bernama Iman.[4] Datuknya Ahmad Wartam, ialah bekas penjaga jaring yang mahsyur di serantau Asia Tenggara.[5] Encik ikhsan ialah Hafiz Abu Sujad dan Bibinya Nurhafizah, ialah ahli terapi fizikal bagi pasukan kebangsaan.[6]
Sejak masih kecil Ikhsan telah bersekolah di Sekolah Sukan Singapura di pekan Woodlands.[7][8] Dia mempunyai gelaran ijazah bersekutu pada bidang kajian pembinaan sukan di Politeknik Republik (PR).[7][9]
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]BG Pathum
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Singapura B-22
Individu
[sunting | sunting sumber]- Thai League Dream ASEAN XI[10]
- Liga T1 2021-22 Pemain Bulanan Terbaik: April
Maklumat Peribadi
[sunting | sunting sumber]Ikhsan menyertai Khidmat Negara (KN/NS) sebagai darma bagi Angkatan Bersenjata Singapura (ABS/SAF) dari tahun 2016 sehingga 2018. Pada masa perkhidmatannya sebagai askar, dia masih tetap sering menyertai perlawanan dibawah naungan Ranting Sukan SAF atas izin daripada Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF), selagi pada masa rehat bola sepak ia tetap memenuhi tugasnya sebagai Tentera Singapura.[11][12]
Dalam satu wawancara, Ikhsan mengatakan bahawa selain sukan bola sepak ia juga senang berenang dan aktiviti lain yang disukai ialah melancong. Tempat pelancongan favoritnya ialah Pulau Sentosa di negaranya.[13] Makanan kegemarannya ialah masakan India terutama roti paratha yang diberi dua telur mentah yang dimakan olehnya ketika waktu sarapan atau merarau.[13]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Home United telah bertukar nama kepada Lion City Sailors sejak tahun 2019.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "IKHSAN FANDI AHMAD". Singapore Sports Council. Dicapai pada 12 Disember 2019.
- ^ Sari, Haiqal (15 Mac 2015). "Giving back: Irfan and Ikhsan Fandi turn mentor to young kids". The New Paper (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ "Singapore starlet Ikhsan inspired by legendary father". www.fifa.com (dalam bahasa Inggeris). 7 Julai 2020. Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ Toh, Ziyi (16 Oktober 2021). "Fandi Ahmad's Wife Wendy Jacobs Laments How Fast Her 5 Gorgeous Kids Have Grown Up; Here's What They've Been Up To". 8 Days (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ "Fandi Ahmad's father, former national goalkeeper Ahmad Wartam, dies". The New Paper (dalam bahasa Inggeris). 29 November 2014. Dicapai pada 15 Mac 2022.
- ^ "Nerves no longer freeze rising son". AsiaOne (dalam bahasa Inggeris). 6 Disember 2013. Dicapai pada 2 Mac 2023.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:1
- ^ "Major Games Representation". www.sportsschool.edu.sg. Singapore Sports School. Dicapai pada 7 April 2022.
- ^ "Ikhsan Fandi bright spot in Lion City Cup". The Republican Post. 23 Ogos 2015. Dicapai pada 7 April 2022.
- ^ @thaileague (31 Julai 2023). "นี่คือรวมทีมเหล่าสตาร์อาเซี่ยนที่เข้ามาค้าแข้งใน รีโว่ ไทยลีก แฟนๆจดจำนักเตะคนไหนกันได้บ้างหรือมีใครที่อยากให้เข้ามาติดทีมนี้ แทนในตำแหน่งไหน พิมพ์บอกเราได้เลย !" [This is the list of ASEAN stars team that came to trade in Revo Thai League. Fans can recognize any player or is there anyone who would like to join this team instead of any position, type to tell us!]. Dicapai pada 21 November 2023 – melalui Instagram.
- ^ "Fandi's Sons Prove That National Service Is No Obstacle For Footballers". mustsharenews.com. MustShareNews. 3 Ogos 2018. Dicapai pada 7 April 2022.
- ^ Ong, Justin (9 Mac 2021). "National athletes and NS: Not 'game over' for all". www.straitstimes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 April 2022.
- ^ a b Lee, David (29 Mac 2022). "9 things to know about Singapore's No. 9 Ikhsan Fandi". The New Paper (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 April 2022.