Ikan Seluang Bada
Ikan Seluang Bada | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
| |
Rasbora daniconius |
Ikan Seluang mempunyai badan yang tirus bulat. Ia merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ikan Seluang biasanya bergerak dalam kumpulan.
Permakanan
[sunting | sunting sumber]Ikan Seluang merupakan ikan maserba. Ia juga makan cacing tanah, dan serangga seperti belalang dan jentik-jentik.
Habitat
[sunting | sunting sumber]Ikan Seluang Bada merupakan ikan air tawar yang mendiami kawasan air bertakung seperti tasik, lombong, dan air mengalir seperti sungai dan anak sungai.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Ikan Seluang Bada mampu hidup dalam air pada paras pH7. Sementara keliatan air ialah 10 dan selesa pada suhu 25 Celsius. Berdasarkan kajian Dr Herbert R Axelrod dalam Atlas of Freshwater Aquarium Fishes, ia dikatakan boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.
Pembiakan berlaku secara semula jadi di habitat asal. Ia lebih selesa dalam air neutral bercampur sedikit asid. Pada habitat ini, ia akan melekatkan telurnya pada tumbuhan air seperti kiambang atau keladi bunting.