Pergi ke kandungan

Iguana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Iguana
Iguana hijau (Iguana iguana)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Iguana

Laurenti, 1768
Spesies

Iguana adalah sejenis biawak yang hidup di kawasan tropika Amerika Tengah dan Amerika Selatan dan Caribbean. Ia pertama kali dihuraikan oleh ahli alamiah Austria, Josephus Nicolaus Laurenti pada tahun 1768. Terdapat dua genus Iguana yang berbeza: iguana hijau yang popular sebagai haiwan peliharaan dan iguana Antillen Kecil yang diancam kepupusan.

Istilah "iguana" diketahui kemungkinan berasal dari ungkapan bahasa Taíno iwanana yang juga merujuk pada kadal-kadal ini.[1]

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Panjang tubuh iguana antara 1.5 meter hingga 1.8 meter, termasuk panjang ekor. Ciri khas dari iguana adalah jambul (seperti pada ayam jantan) di bawah rahang serta deretan sisik membentuk duri besar di bahagian atas tubuhnya yang berjejer dari leher hingga ke pangkal ekor. Warna hijau yang tampil pada tubuh iguana berbeza-beza baik yang hijau terang, keperangan, lumut, kekuningan atau kekelabuan atau perang keemasan.

Ekor iguana berwarna sama dengan tubuh dan dihiasi dengan belang-belang hitam atau gelap dari pangkal hingga hujung ekor.[2][3]

Iguana jantan mempunyai liang-liang khas di bawah kaki belakang yang merembeskan bahan berbau yang menarik pasangan betina.[4]

Iguana memiliki organ tubuh mirip mata pada bahagian atas kepala yang berfungsi untuk mengesan cahaya di sekitarnya.

Ia unik dengan adanya jantung yang ganjil di mana terdapat tiga ruang: 2 atrium, 1 ventrikel dan 1 aorta yang mengepam darah dalam suatu sistem peredaran.[3]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Iguana telah beradaptasi dengan baik sebagai pemakanan tumbuhan sepenuhnya.[5] Akan tetapi, gizi masih ada juga yang diperolehi dari haiwan, biasanya melalui memakan serangga kecil yang ada pada tumbuhan yang dimakan.

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Sebagai sumber makanan

[sunting | sunting sumber]

Daging iguana sering dijadikan bahan makanan dalam masyarakat-masyarakat Mexico dan Amerika Tengah sampailah sejauh selatan Amerika Syarikat dan Puerto Rico;[6] iguana hijau merupakan jenis yang lebih digemari dagingnya.[7]

Telur haiwan ini dimakan di negara-negara Latin tertentu seperti Nicaragua dan Colombia.[8]

Sebagai peliharaan

[sunting | sunting sumber]

Iguana hijau khususnya menjadi spesies pilihan haiwan peliharaan, namun memerlukan penjagaan yang sangat berat mementingkan pemakanan dan suhu persekitaran; malah banyak iguana yang dikurung mempunyai jangka hayat dipendekkan akibat kekurangan yang ada pada tempat peliharaan[4][9] Penyimpanan ia diharamkan di negeri-negeri tertentu seperti New York dan Hawaii.[10][11]

  1. ^ Coles, William (2002), "Green Iguana" (PDF), U.S.V.I. Animal Fact Sheet #08, Department of Planning and Natural Resources US Virgin Islands Division of Fish and Wildlife, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-12-11 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Lazell, J.D. (1973), "The lizard genus Iguana in the Lesser Antilles", Bulletin of the Museum of Comparative Zoology, New York, 145, m/s. 1–28
  3. ^ a b DABVP, Ryan S. De Voe DVM MSpVM DACZM. "Reptilian cardiovascular anatomy and physiology: evaluation and monitoring (Proceedings)". dvm360.com. Dicapai pada 13 Mei 2017.
  4. ^ a b De Vosjoli, Phillipe; Susan Donoghue; Roger Klingenberg; David Blair (2003), The Green Iguana Manual, Advanced Vivarium Systems, ISBN 978-1-882770-67-0
  5. ^ Lichtenbelt, Wouter D. van Marken (1993-08-01). "Optimal foraging of a herbivorous lizard, the green iguana in a seasonal environment". Oecologia (dalam bahasa Inggeris). 95 (2): 246–256. Bibcode:1993Oecol..95..246V. doi:10.1007/BF00323497. ISSN 0029-8549. PMID 28312949. S2CID 2101397.
  6. ^ Campo-Flores, Arian (2012-08-20). "To Battle Iguanas, Puerto Rico Has New Plan: Put Them on Menu". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2020-01-23.
  7. ^ Martinez Campos, Gabriel (2004). Recetario Colimense de la iguana (dalam bahasa Sepanyol). Conaculta. m/s. 14.
  8. ^ "Nicaragua's Government Suggests Eating Iguana as Massive Food Crisis Looms". Vice. Dicapai pada 21 February 2020.
  9. ^ Loukopoulos P, Komnenou A, Papadopoulos E, Psychas V (2007), "Lethal Ozolaimus megatyphlon infection in a green iguana (Iguana iguana rhinolopha)", Journal of Zoo and Wildlife Medicine, 38 (1): 131–4, doi:10.1638/2006-0018r.1, PMID 17469289, S2CID 2055691
  10. ^ Blood, Michael R (1999-06-30), "Exotic Pets' Days Numbered", New York Daily News
  11. ^ "Green Iguana Society Adoption Board" (discussion board). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-07. Dicapai pada 2007-06-27.
Sumber utama
  • Bartlett Richard D. 2000. Iguana Handbook. Barron's Educational Series
  • Frost, D.E. and R.E. Etheridge (1989) A Phylogenetic Analysis and Taxonomy of Iguanian Lizards (Reptilia: Squamata). Univ. Kansas Mus. Nat. Hist. Misc. Publ. 81
  • Frost, D.R., R. Etheridge, D. Janies and T.A. Titus (2001) Total evidence, sequence alignment, evolution of Polychrotid lizards, and a reclassification of the Iguania (Squamata: Iguania). American Museum Novitates 3343: 38 pp.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]