Pergi ke kandungan

Idah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Iddah)


Idah (Arab: العدة; tempoh menunggu) ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid. Biasanya, tempoh idah bagi wanita sesudah cerainya dengan bekas suaminya yang dulu adalah tiga kali datang bersih kitaran haid dan wanita yang sesudah meninggalnya suaminya tempoh idah adalah selama 4 bulan dan 10 hari (dikira mengikut tahun Hijrah) .

Dalam tempoh idah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan idah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku.

Dalam tempoh idah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam idah Raj’ie.

Jenis-Jenis Idah

Ia terbahagi kepada 2 iaitu :

a) Idah Raj’ie iaitu idah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.

b) Idah Bain iaitu idah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya melainkan dengan akad nikah yang baru. Ia merangkumi :

1) Talak Tiga
2) Lian
3) Fasakh
4) Khuluk (Tebus Talak)
5) Ila’
6) Isteri yang belum disetubuhi


Idah Perempuan Yang Diceraikan

Idah bercerai masa hidup
1) Perempuan yang masih ada haid, eddahnya 3 kali suci haid
2) Perempuan yang belum datang haid @ belum cukup umur @ telah putus haid, idahnya 3 bulan
3) Perempuan yang mengandung, idahnya sehingga melahirkan anak

Idah bagi perempuan kematian suami
1) Perempuan yang tidak mengandung, idahnya 4 bulan 10 hari
2) Perempuan yang mengandung, idahnya sehingga melahirkan anak


TIPS TAMBAHAN

# Sekiranya perempuan tersebut diceraikan dengan idah raj’ie, kemudian bekas suaminya meninggal dalam tempoh eddah tersebut, maka eddahnya bertukar kepada idah kematian suami.

# Perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi tiada idah. Sementara wanita yang kematian suami wajib idah walaupun belum disetubuhi.

# Bagi persetubuhan syubhah (tersilap menyangka isterinya tetapi orang lain) idahnya adalah sama seperti perempuan yang diceraikan sama ada ditalak @ kematian suami.

# Orang yang berzina, tiada idah kerana idah bertujuan untuk memelihara nasab sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi.

Hak-Hak Isteri Yang Diceraikan

a) Isteri yang berada dalam idah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh idah

b) Isteri yang berada dalam idah Bain adalah seperti berikut :

1) Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal
2) Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah
3) Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya

TIPS TAMBAHAN

* Perempuan yang nusyuz (derhaka) tidak layak mendapat nafkah dan tempat tinggal.


http://www.tayibah.com/eIslam/iddah.htm Diarkibkan 2008-10-12 di Wayback Machine

Tempoh iddah dan perkara yang dilarang - Tanyaustaz.com