Solat minta hujan
Solat minta hujan | |
---|---|
Nama rasmi | صلاة الاستسقاء |
Juga dikenali sebagai | Solat istisqa |
Diraikan oleh/di | Muslim |
Jenis | Islam |
Kepentingan | Sembahyang orang Islam yang dikerjakan untuk memohon hujan |
Upacara | Solat sunat |
Bermula | Duha |
Tamat | Tengah hari |
Kekerapan | Mengikut keadaan |
Solat minta hujan atau solat istisqa (Arab: صلاة الإستسقاء, lit. 'sembahyang minta disiram') ialah sejenis solat sunat dikerjakan untuk memohon hujan.[1]
Pelaksanaan
[sunting | sunting sumber]Menurut tradisi Islam, semasa musim kemarau panjang, seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad selepas baginda berkhutbah jumaat di Masjid Nabawi, untuk berdoa dan meminta hujan turun, bagi penduduk, ternakan dan ladang yang kekurangan air, dan sebagai balas, Nabi Muhammad mengangkat tangan untuk berdoa dan memohon kepada Allah agar diturunkan hujan.[2] Selepas doa baginda dijawab dengan hujan turun beberapa hari, Nabi Muhammad sekali lagi berdoa agar hujan lebat berhenti.[3]
Dalam kejadian lain, Nabi Muhammad dikatakan berjalan ke luar masjid pada waktu siang ke sebuah dataran untuk solat secara berjemaah bagi meminta hujan, dan mereka mengerjakan solat dua rakaat dengan bacaan al-Fatihah dikuatkan, seperti sedang solat jumaat.[4]
Solat di negara-negara lain
[sunting | sunting sumber]Pelbagai negara diseluruh dunia telah beberapa kali mengerjakan solat minta hujan.
- Ribuan jemaah di seluruh Emiriah Arab Bersatu berkumpul pada 7 Disember 2024, Sabtu untuk mengerjakan solat minta hujan, berikutan seruan Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.[5] Solat dilaksanakan pada pukul 11 pagi di masjid-masjid dan dewan sembahyang seluruh negara, dan negara menyaksikan penurunan hujan.[6]
- Di Arab Saudi juga diadakan solat ini beberapa kali dalam beberapa tahun. [7] Raja Salman menyeru orang Islam di Arab Saudi pada 27 November untuk solat pada Khamis untuk meminta hujan.[8]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "صلاة الاستسقاء".
- ^ Ali, Maulana Muhammad (14 April 2015). The Religion of Islam. Ahmadiyya Anjuman Ishaat Islam Lahore USA. ISBN 9781934271186.
- ^ Nur Mohammed, Bakheit M. (2017). The Religious Men in Jebel Marra: The Process of Learning and the Performance of Islamic Rituals and Practices. LIT Verlag Münster. ISBN 9783643909169.
- ^ Frank, Allen J. (January 2001). Muslim Religious Institutions in Imperial Russia: The Islamic World of Novouzensk District and the Kazakh Inner Horde, 1780-1910. BRILL. ISBN 9004119752.
- ^ National, The. "UAE worshippers answer President's call to pray for rain". The National (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-09.
- ^ "Nationwide rain prayers held in UAE, seeking divine mercy". gulfnews.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-07. Dicapai pada 2024-12-09.
- ^ ഡെസ്ക്, വെബ്. "സഊദിയിൽ മഴക്ക് വേണ്ടിയുള്ള പ്രത്യേക നിസ്കാരം നടന്നു". Sirajlive.com (dalam bahasa Malayalam). Dicapai pada 2024-12-09.
- ^ "5. King Salman: The Daedalus of Saudi Arabia", Mohammed bin Salman, Lynne Rienner Publishers, m/s. 61–72, 2021-09-01, doi:10.1515/9781685851057-006, ISBN 978-1-68585-105-7, dicapai pada 2024-12-09