Ibrahim Al-Imam
Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, lebih terkenal dengan julukan Ibrahim al-Imam adalah saudara khalifah Abbasiyyah As-Saffah dan al-Mansur. Beliau diba’iat ayahnya secara diam-diam, ketika sampainya khabar tersebut kepada khalifah Ummayyah Marwan II, maka Marwan menangkapnya dan memenjarakannya selama 2 perjalanan laut. Kemudian Marwan membunuhnya secara diam-diam.[perlu rujukan] Namun ketika hayatnya, Ibrahim sempat memba’iat saudaranya iaitu As-Saffah. Ketika Ibrahim terbunuh dan hendak dikebumikan, para kerabatnya telah memakai pakaian serba hitam kerana kesedihan, inilah permulaan pemakaian pakaian hitam ketika adannya seseorang di kalangan masyarakat yang meninggal dunia, maka jadilah perbuatan tersebut sebagai suatu syiar bagi mereka. Imam ‘Askariy menuturkan hal ini dalam kitab Awail.
Ibrahim telah menceritakan hal ini dari ayahnya dari datuknya dari Abdullah bin Muhammad bin Hanafiyah. Menceritakan pula darinya 2 saudaranya, dan Abu Muslim al-kharasan yang mempunyai daulah. Ibrahim menetapkan Abu Muslim menjadi Da’i ke daerah Khurasan. Ibrahim adalah seorang yang dermawan, berbudi luhur dan berkebolehan untuk mempimpin. Beliau terbunuh pada tahun 131 Hijrah, ada yang mengatakan pada bulan Safar tahun 132 Hijrah dan ketika beliau berumur 42 tahun .
Ibrahim dilahirkan di daerah Hamimah berdekatan dengan Gunung Syarrah merupakan sebahagian dari daerah Damsyik pada tahun 82 Hijrah. Beliau menikahi Ummi Ja’far bint Ali bin Husain bin Ali bin Abi Talib.[1].
Dikatakan Ibnu Harmah dalam syairnya.
- Aku berusaha sabar saat masalah mengguncangku
- Dikuburan Bahran di semayamkan benteng agama.
- Disanalah Imam yang kesedihannya merata
- kesedihan bagi yang miskin atau kaya
Ibrahim bin Muhammad mempunyai anak Abdul Wahhab (menjadi Gabenor di daerah Syam dan meninggal dunia di sana) dan Muhammad (menjadi Gabenor di Makkah, Madinah, Jazirah Yaman, dan meninggal di Baghdad).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Al Asas fi Ansab Bani Abbas oleh Sayyid Syarif Husni Bin Ahmad Bin Ali Al Abbasi Al Hasyimi ( الأساس في أنساب بني العباس - تأليف السيد الشريف حسني بن أحمد بن علي العباسي الهاشم )