I Revival
I, Revival | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2011–2015, 2017 |
Syarikat rakaman | Zestone Records |
Laman sesawang | http://irevival.bigcartel.com http://www.continuityep.com (tidak berfungsi) |
Bekas ahli | Aiman Azhar Adam Mohd Justin Ang Johan Duclos Khairul Azim |
I, Revival dulu merupakan kugiran metalcore Malaysia yang dibentukkan di Kuala Lumpur pada tahun 2011. Kugiran mereka menyampaikan lagu-lagu Bahasa Inggeris. Album tunggalnya Variations (2012) dikeluarkan pada 20 May 2012 oleh secara tersendiri.[1] Selepas beberapa lawatan yang berjaya serta pengenalan yang semakin meningkat, mereka telah melancarkan sebuah EP berjudul Continuity pada tahun 2014.[2] Mereka dibubarkan pada tahun 2015, tetapi mengembali untuk satu persembahan terakhir pada tahun 2017.
Mereka adalah antara kugiran metalcore yang muncul pada zaman "scenecore" di Malaysia dan turut hadir di banyak pesta muzik alternatif yang terbesar sepanjang masa mereka bergiat. Oleh sebab itu, mereka sering dibuali oleh beberapa blog dan penerbitan lagu-lagu metal, alternatif dan hardcore seperti Alternation Channel, Music Addicts Malaysia, dan Romina Caluste.[3][4][5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penubuhan dan Variations (2011–2013)
[sunting | sunting sumber]Kugiran ini ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2011 oleh Aiman Azhar, Khairul Azim, Adam Mohd dan Johan Duclos. Mereka merupakan salah satu dari kumgiran metalcore yang mengambil bahagian dalam pertanding di Rock The World 11 (2011).[6] Pada tahun 2012, mereka bermula merakam album sulung dan satu-satunya Variations dengan para penerbit rakaman terkenal Nash Muhandes, yang juga pernah berkerja dengan Massacre Conspiracy, Caladrius, dan Ivory Aisle. Tidak lama selepas itu, mereka mengumumkan di YouTube bahawa mereka sudah dilamar oleh Zestone Records pada 28 Jun 2012, sebuah syarikat rakaman dari negara Jepun.[7]
Continuity dan pemubaran (2014–2017)
[sunting | sunting sumber]Mereka turut mengambil bahagian dalam pesta Gegey Fest 2013.[8] Pada tahun 2014 pula, mereka mengeluarkan EP pertama mereka berjudul Continuity yang diterbit dan dilancarkan secara tersendiri. Mereka membubar pada tahun 2015. Bekas ahlinya Johan, Justin dan Aiman menubuhkan kugiran baru bernama Young Thousands. Mereka kembali untuk kali terakhir dengan persembahan penutupnya yang dilakukan pada 29 Disember 2017 dengan #LEGACY: I, Revival The Final Show di The Bee, Publika.[9]
Pelancaran baru dan masa depan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2021, penerbit Nash Muhandes melancarkan sebuah pemuliharaan untuk Variations selepas beberapa tahun tanpa pengeluaran baru. Ini mengisyaratkan bahawa mereka mungkin akan menggubahkan bahan baru pada masa yang akan datang.[10]
Ahli-ahli
[sunting | sunting sumber]Bekas
[sunting | sunting sumber]- Khairul Azim – vokal (2011–2013)
- Adam Mohd – bass (2011–2015)
- Danial Bek – vokal (2013–2015)
- Johan Duclos – gitar, vokal (2011–2017)
- Aiman Azhar – dram (2011–2017)
- Justin Ang – gitar (2012–2017)
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]- Variations (2012)
Extended play
[sunting | sunting sumber]- Continuity (2014)
Single
[sunting | sunting sumber]- St. Ignavi (menampilkan Shawn Spann dari I, the Breather)
- Kingdoms
- Familiar Ground (menampilkan Ash dari Massacre Conspiracy)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://www.spirit-of-metal.com/en/album/Variations/252406
- ^ https://www.spirit-of-metal.com/en/album/Continuity/320208
- ^ "Senarai top 10 band Moden Metalcore/Post-Hardcore Malaysia Yang Perlu Anda Tahu". Alternation Channel. Diarkibkan daripada yang asal pada April 11, 2023. Dicapai pada April 9, 2023.
- ^ "12 BAND METALCORE/POST HARDCORE YANG PERNAH SENSASI DI MALAYSIA". Music Addicts MY. Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2023. Dicapai pada April 9, 2023.
- ^ "12 I, Revival". Romina Caluste. Diarkibkan daripada yang asal pada April 11, 2023. Dicapai pada April 9, 2023.
- ^ Utusan Malaysia Sambutan RTW semakin dingin? Diarkibkan 2014-02-04 di Wayback Machine
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=KWw0IyNT0Qs&ab_channel=IRevivalband
- ^ "Azmyl Yunor and gang take on a stripped down performance at No Black Tie next week". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada September 15, 2018. Dicapai pada April 20, 2013.
- ^ https://juiceonline.com/i-revival-returns-for-one-final-show/
- ^ https://musicaddicts.my/i-revival-kembali-ledak-metalcore-dengan-nafas-baru-album-variations-remastered/