Tukang ekor gunting (burung)
Tukang ekor gunting | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Hydropsalis |
Spesies: | H. torquata
|
Nama binomial | |
Hydropsalis torquata (Gmelin, JF, 1789)
| |
Sinonim | |
|
Tukang ekor gunting (Hydropsalis torquata) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia bertaburan di kebanyakan kawasan timur Amerika Selatan.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Ia telah diperihalkan rasminya pada tahun 1789 oleh semulajadiman Jerman Johann Friedrich Gmelin dalam Systema Naturae (karya Carl Linnaeus) suntingannya yang disemak dan diperluas. Beliau menyusunkannya bersama tukang lain dalam genus Caprimulgus dan mencipta nama binomial Caprimulgus torquatus.[2] Ia kini disusunkan bersama tiga spesies lain dalam genus Hydropsalis yang diperkenalkan pada tahun 1832 oleh semulajadiman Jerman Johann Georg Wagler.[3][4] Nama genusnya menggabungkan hudro- dari bahasa Yunani Kuno yang bermaksud "air-" dengan psalis yang bermaksud "sepasang gunting". Epitet spesiesnya torquata adalah dari bahasa Rumi torquatus yang bermaksud "berelang".[5]
Dua subspesies diiktiraf:[4]
- H. t. torquata (Gmelin, JF, 1789) – selatan Suriname, Brazil, dan timur Peru
- H. t. furcifer (Vieillot, 1817) - selatan Peru ke selatan Brazil dan tengah Argentina
Epitet spesies brasiliana atau brasilianus dahulunya kadangkala digunakan.[6][7][8]
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Cirinya yang paling ketara ialah bulu ekor luar jantan yang memanjang hampir dua kali ganda panjang badannya. Tidak termasuk bulu tersebut, panjang kedua-dua jantina ialah 25 hingga 30 cm (9.8 hingga 11.8 in); termasuk bulu ekornya, panjang jantan sehingga 66 cm (26 in). Berat jantan 47.5 hingga 63 g (1.7 hingga 2.2 oz) dan betina 48 hingga 60 g (1.7 hingga 2.1 oz). Jantan daripada subspesies penama mempunyai bahagian atas perang dengan bintik putih-kelabu; bahagian tengah belakangnya juga mempunyai jalur-jalur kehitaman dan tompok-tompok kuning keperangan. Ia mempunyai relang kuning keperangan yang luas di bahagian belakang leher. Bulu ekornya perang dan sepasang bulu luar yang panjang mempunyai hujung putih yang luas. Dagunya kuning pucat, tekaknya kuning pucat atau keputihan dengan tompok atau sorot perang, dada kuning pucat dengan sorot perang sempit, dan perut serta lambung kuning pucat dengan sorot perang lebar. Sayapnya biasanya perang dengan jalur dan tompok kuning keperangan atau kuning pucat , dan tidak mempunyai jalur putih seperti kebanyakan sayap tukang lain. Sayap betina lebih kuning keperangan, ekornya tiada putih, dan bulu ekor luarnya lebih panjang sedikit daripada bulu dalam. H. t. furcifer adalah lebih besar daripada spesies penama, amnya lebih pucat, dan relang nukanya lebih kuning pucat.[8]
Seruannya ialah "urutan tsips... yang berpanjangan kadang-kadang selama beberapa minit". Ia berbunyi pada waktu senja dan subuh dari tenggeran dan dalam penerbangan. Ia juga mempunyai seruan penerbangan "tsig yang sangat tinggi" dan "bunyi kokok rendah".[8]
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Subspesies penamanya ditemui dari timur tengah Peru merentasi tengah Brazil. Terdapat juga populasi terpencil di Suriname. H. t. furcifer ditemui dari Peru selatan melalui Boliva dan merentasi selatan Brazil, dan selatan ke Paraguay, utara dan tengah Argentina, dan Uruguay. Ia mendiami landskap terbuka dan separuh terbuka seperti pertumbuhan sekunder dan semak gersang, padang rumput, kebun akasia, padang rumput, dan taman bandar. Ia boleh dilihat di sepanjang jalan raya terutamanya yang bersempadan dengan ladang tebu. Dalam ketinggian, julatnya antara aras laut hingga 1,100 m (3,600 ka) tetapi didapati setinggi 1,700 m (5,600 ka) di Peru dan 2,700 m (8,900 ka) di Bolivia.[8]
Populasi utaranya biasanya menetap. Populasi selatan dianggap penghijrah, menghabiskan musim sejuk austral di selatan Amazonia.[8]
Tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Ia bersifat malaman. Ia meramu dengan menangkap mangsa dari tanah atau tenggeran. Ia telah didokumenkan memakan serangga sekurang-kurangnya dari dua belas order. Ia nampaknya menggemari kumbang (Coleoptera), yang sekurang-kurangnya 13 keluarga telah dikenalpasti dalam dietnya. Pada siang hari, ia bertengger di atas tanah yang redup.[8]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Jantannya melakukan paparan bertepuk sayap. Musim bersarang spesiesnya belum ditentukan tetapi nampaknya termasuk sekurang-kurangnya September hingga Disember. Ia menelurkan dua biji telur terus ke atas tanah atau batu kosong.[8]
Status
[sunting | sunting sumber]IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Ia mempunyai julat yang sangat besar, dan walaupun saiz populasinya tidak diketahui, ia dipercayai stabil. Ia agak lazim hingga lazim dalam kebanyakan julatnya dan nampaknya boleh menahan kegiatan manusia, malah tinggal di taman bandar.[1][8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b BirdLife International (2016). "Scissor-tailed Nightjar Hydropsalis torquata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016. Dicapai pada 6 October 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Gmelin, Johann Friedrich (1789). Systema naturae per regna tria naturae : secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin). 1, Part 2 (ed. 13th). Lipsiae [Leipzig]: Georg. Emanuel. Beer. m/s. 1032.
- ^ Wagler, Johann Georg (1832). "Neue Sippen und Gattungen der Säugthiere und Vögel". Isis von Oken (dalam bahasa German). cols 1218–1235 [1222].CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (January 2022). "Frogmouths, Oilbird, potoos, nightjars". IOC World Bird List Version 12.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 7 July 2022.
- ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 197, 388. ISBN 978-1-4081-2501-4.
- ^ Peters, James Lee, penyunting (1940). Check-List of Birds of the World. 4. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 218.
- ^ Pacheco, J.F.; Whitney, B.M. (1998). "Correction of the specific name of Long-trained nightjar". Bulletin of the British Ornithologists' Club. 118: 259-262 [260].
- ^ a b c d e f g h Witynski, M. (2020). Schulenberg, T.S. (penyunting). "Scissor-tailed Nightjar (Hydropsalis torquata), version 1.0". Birds of the World. Ithaca, NY, USA: Cornell Lab of Ornithology. Dicapai pada 7 July 2022.