Hutan Montane atas
Hutan Montane atas terletak pada ketinggian 1,800 meter hingga 2,900 meter. Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron mempunyai hutan jenis ini yang ditumbuhi pokok-pokok daun tirus konifer seperti pokok pain, sprus dan Gelam Gunung. Terdapat juga rafflesia, periuk kera dan pokok rhododendron. Suhu yang lebih rendah dan tiupan angin yang kencang telah menyebabkan kebanyakan pokok hanya serendah 1.5 meter hingga 18 meter. Hutan ini hanya mempunyai satu lapisan sahaja. Tumbuhan yang hidup secara epifit seperti liken dan lumut tumbuh di dahan-dahan pokok. Lantai hutan ini yang lembap adalah kerana ditumbuhi oleh lumut.
Ciri-Ciri Hutan Montane Atas
Hutan montane atas Ketinggian: 1 800 m-2 900 m
Terdapat pokok-pokok daun tirus dan kebanyakan pokok adalah rendah
Ketinggian pokok di antara 1.5 meter hingga 18 meter
Hanya terdapat satu lapisan hutan sahaja
Lantai hutan yang lembap dan ditumbuhi lumut
Jenis tumbuhan: pain, sprus, gelam gunung, tumbuh-tumbuhan epifit seperti liken dan lumut, bunga rafflesia, periuk kera dan pokok rhododendron
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.