Pergi ke kandungan

Hum Tumhare Hain Sanam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hum Tumhare Hain Sanam
PengarahK. S. Adhiyaman
PenulisK. S. Adhiyaman,
Reema Rakesh Nath (dialog)
Dihasilkan olehK. C. Bokadia
DibintangiSalman Khan
Shah Rukh Khan
Madhuri Dixit
Atul Agnihotri
Suman Ranganathan
Aishwarya Rai
SinematografiT. Anandha Kumar (alias) T.Kaviyarasu
Disunting olehD. N. Malik
Muzik olehNadeem-Shravan
Daboo Malik
Nikhil-Vinay
Bali Brahmabhatt
Bappi Lahiri
Sajid-Wajid
Syarikat
penerbitan
BMB Productions
Diedarkan olehSalman Khan Films
Eros International
Tarikh tayangan
  • 24 Mei 2002 (2002-05-24)
Masa tayangan
175 minit
NegaraIndia
BahasaHindi
Bajet₹7crore[1]
Pecah panggung₹38crore[2]

Hum Tumhare Hain Sanam (Melayu: Ku Milikmu, Sayang) ialah filem drama percintaan Hindi India 2002 arahan KS Adhiyaman. Ia menampilkan Salman Khan, Shah Rukh Khan, dan Madhuri Dixit dalam peranan utama, dengan Aishwarya Rai dalam penampilan kameo.

Filem ini ialah filem KS Adhiyaman pertama di Hindi, pembikinan semula filem Tamilnya sendiri, Thotta Chinungi. Ia mengambil masa lima tahun untuk disiapkan, dengan sabatikal besar antara penggambaran akibat masalah penerbitan.[3] Hak-hak filem itu dimiliki oleh Red Chillies Entertainment milik Shah Rukh Khan.

Hum Tumhare Hain Sanam ialah filem ketiga yang menampilkan dua orang Khan bersama-sama selepas Karan Arjun (1995) dan Kuch Kuch Hota Hai (1998). Dixit berlakon bersama dengan Khan untuk kali keempat – beliau bekerja dengan Salman Khan di Dil Tera Aashiq (1993) dan Saajan (1991) dan Hum Aapke Hain Koun ..! (1994); dan dengan Shah Rukh Khan di Anjaam (1994), Koyla (1997), dan Dil To Pagal Hai (1997).

Mengisahkan si suami yang bernama Gopal (Shah Rukh Khan) tentang kesalah fahaman antara isterinya,Radha (Madhuri Dixit) dan rakan baik isterinya yang dikenali sebagai Suraj (Salman Khan) yang begitu rapat dari kecil.
Radha dan Suraj sangat rapat antara satu sama lain sejak dari kecil. Suatu hari, Suraj nekad ingin cari jodoh dan berkeinginan untuk Radha berkahwin dengan seorang lelaki yang kacak, berpangkat dan hartawan sehingga suatu hari pakcik Radha temukan Radha dengan Gopal.
Gopal dan Radha berkahwin. Radha tinggal di rumah Gopal. Tidak lupa adik lelakinya, Prashant turut serta juga. Gopal dan Radha sangat romantik dan saling mencintai satu sama lain.
Suatu hari Prashant dituduh oleh abang iparnya sebagai pencuri sehinggakan Prashant dihalau daripada rumah tersebut. Kejadian itu timbul kesedihan pada Radha.
Radha meminta bantuan kawan baiknya, Suraj supaya menjaga dan melindungi adiknya. Kekerapan Radha menelefon Suraj menimbulkan kecemburuan Gopal dan kesalah fahaman sehinggakan timbul tekanan pada Radha akan perubahan suaminya yang mengesyaki Radha berhubungan dengan Suraj.
Mental Radha sering dibuli oleh suaminya yang sentiasa menengking dan memarahi Radha sehinggakan suatu hari Radha dihalau daripada rumah. Radha segera tinggal bersama adiknya. Kesedihannya disembunyikan oleh adik dan kawan baiknya sendiri sehinggakan Suraj mengesyaki sesuatu yang berlaku antara suaminya dan Radha.
Suraj menemui Gopal namun Gopal menghalaunya. Suraj menceritakan kejadian tersebut pada teman wanitanya yang bernama Suman yang wataknya dilakonkan oleh (Aishwarya Rai).
Suman segera pergi ke rumah Gopal dan menceritakan perkara sebenar bahawa Suraj adalah teman lelakinya. Dia juga mengatakan bahawa Gopal sangat kejam dan menyatakan bahawa Suraj sering menyebut nama Radha namun tidak timbul kecemburuan pada dirinya.
Mendengar cerita itu, Gopal terus mencari dan menemui isterinya. Ketika tiba, kelihatan Radha ingin membunuh diri dengan memakan pil tidur namun sempat dihalang Gopal. Gopal meminta maaf atas kesalahannya dan dia bersama Radha pergi menemui Suraj yang ketika itu berada di sebuah konsert nyanyiannya dan penerimaan hadiah ingin diberi kepadanya sambil ditemani Suman disisinya.
Melihat keberadaan mereka disitu, Gopal dan Radha berkejaran ke pentas untuk memohon maaf atas kesalahannya.
  • Madhuri Dixit sebagai Radha Prajapati
  • Salman Khan sebagai Suraj Khosla
  • Shah Rukh Khan sebagai Gopal Maheshwari
  • Aishwarya Rai sebagai Suman Verma
  • Atul Agnihotri sebagai Prashant Prajapati
  • Suman Ranganathan sebagai Nita Maheshwari
  • Aruna Irani sebagai Laxmi Chauhan / Prajapati
  • Laxmikant Berde sebagai Hasmukh
  • Alok Nath sebagai Dev Narayan Chauhan
  • Asha Sharma sebagai Mona Saxena
  • Vikas Anand sebagai Ramu
  • Dinesh Hingoo sebagai Peguam Gopal
  1. ^ "Hum Tumhare Hain Sanam Budget". Box Office India. 22 July 2015. Dicapai pada 22 July 2015.
  2. ^ "Hum Tumhare Hain Sanam Box office". Box Office India. 22 July 2015. Dicapai pada 22 July 2015.
  3. ^ http://www.bbc.co.uk/films/2002/05/31/hum_tumhare_hain_sanam_2002_review.shtml

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]