Hubungan Malaysia–Jamaica
Hubungan Jamaica–Malaysia merujuk kepada diplomasi hubungan dua hala antara Jamaica dan Malaysia. Kedua-dua buah negara tidak mempunyai kedutaan.
Perdana Menteri Jamaica, Portia Simpson Miller dan Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan kepuasan dengan kemajuan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan telah mengesahkan komitmen mereka untuk memperkuat hubungan ini melalui pertukaran lawatan dan kerjasama dalam sektor ekonomi, teknologi, perkapalan, kesihatan dan pendidikan, antara lain.[1][2] Kedua-dua buah negara merupakan ahli kepada Negara-Negara Komanwel, Kumpulan 77, Kumpulan 15 and Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.[1][2]
Hubungan ekonomi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1995, eksport Jamaica ke Malaysia adalah sekitar $18,570 sementara eksport Malaysia ke Jamaica pula bernilai $3 juta.[3] Sejumlah pelabur Malaysia juga telah mula meneroka peluang yang ada di Jamaica terutama dalam bidang pelancongan dan lain-lain.[3] Kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk meneroka usahasama dalam industri minyak dan gas dan telah bekerjasama dalam pembinaan Highway 2000 yang menghubungkan Kingston, Jamaica dan Montego Bay.[4][5] Dalam bidang sukan, Malaysia berminat untuk mendapatkan jurulatih dari Jamaica untuk beberapa buah sukan seperti bola jaring, hoki dan badminton.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Jamaica and Malaysia Agree to Strengthen Bilateral Relations". Jamaica Information Service. 3 May 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 February 2013. Dicapai pada 7 January 2013. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b "Jamaica, Malaysia hold preliminary talks on several trade issues". Jamaica Observer. 3 May 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2013. Dicapai pada 7 January 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b "Jamaica seeks partners to explore markets in Americas". New Straits Times. 29 May 1997. Dicapai pada 10 May 2014.
- ^ Wong Chun Wai (4 May 2006). "Major deals clinched in Jamaica". The Star. Dicapai pada 10 May 2014.
- ^ Mohd Kamil Yusuff (4 May 2006). "Malaysia, Jamaica setuju teroka minyak, gas bersama" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-17. Dicapai pada 10 May 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Malaysia to get Jamaican athletics coaches". The Star. 4 February 2005. Dicapai pada 10 May 2014.