Pergi ke kandungan

Hubungan Brazil–Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Brazil–Israel

Peta menunjukkan lokasi Brazil dan Israel


Brazil


Israel

Duta Besar Brazil untuk Israel, Odette de Carvalho e Souza, bertemu menteri luar negeri Golda Meir pada 1959.

Hubungan Brazil–Israel merujuk kepada hubungan dua hala antara Republik Persekutuan Brazil dan Israel. Brazil mempunyai sebuah kedutaan di Tel Aviv dan sebuah konsulat kehormatan di Haifa.[1] Israel mempunyai sebuah kedutaan di Brasília dan sebuah konjen di São Paulo. Brazil dan Israel menjalin hubungan politik dan ketenteraan yang dekat. Dua negara tersebut menikmati kerjasama peringkat persenjataan. Brazil ialah negara ahli penuh Israel Allies Caucus, sebuah pertubuhan penyokong politik yang mengerakkan parlimentarian pro-Israel di pemerintahan-pemerintahan seluruh dunia.[2]

Brazil mempunyai keturunan Yahudi kesembilan terbesar di dunia dan kedua terbesar di Amerika Latin, berjumlah sekitar 107,329 pada tahun 2010, menurut bancian IBGE.[3] Konfederasi Yahudi Brazil (CONIB) menganggarkan terdapat lebih daripada 120,000 orang Yahudi di Brazil.[4] Sekitar 20,000 warga Brazil tinggal di Israel kebanyakan ialah Yahudi Brazil.[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]