Hubungan Australia–Brunei
Australia |
Brunei |
---|
Australia dan Brunei menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1984. Australia mempunyai suruhanjaya tinggi di Bandar Seri Begawan, dan Brunei mempunyai suruhanjaya tinggi di Canberra.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Hubungan antara kedua-dua negara boleh dikesan semasa Perang Dunia II apabila Tentera Australia memainkan peranan penting untuk membebaskan Brunei daripada pendudukan Jepun pada 1945.[2] Hubungan semasa antara kedua-dua negara terjalin sejak 1984 apabila Australia menjadi antara negara pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Brunei.[1][2][3] Kedua-dua negara telah menikmati hubungan mesra sebelum tahun 1959 apabila Brunei memperoleh pemerintahan sendiri.[4] Kini, hubungan itu tertumpu terutamanya kepada pertahanan dan keselamatan, pendidikan, serta perdagangan.[4]
Hubungan ekonomi
[sunting | sunting sumber]Dari 2012 hingga 2013, Brunei disenaraikan sebagai rakan dagangan ke-39 terbesar Australia dengan jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah U$1.026 bilion.[4] Petroleum mentah Brunei merangkumi U$978 juta jumlah perdagangan.[4] Terdapat juga beberapa guru Australia dan profesional lain bekerja di Brunei, manakala Australia menjadi salah satu destinasi bagi pelajar-pelajar Brunei.[4]
Hubungan pertahanan
[sunting | sunting sumber]Kedua-dua negara menikmati hubungan pertahanan, khususnya dalam latihan ketenteraan.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Australia-Brunei Relations". Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2014. Dicapai pada 20 Februari 2014.
- ^ a b Jatswan S. Sidhu (22 December 2009). Historical Dictionary of Brunei Darussalam. Scarecrow Press. m/s. 29–. ISBN 978-0-8108-7078-9.
- ^ "Sultan of Brunei heading to Australia". The Australian. 29 April 2013. Dicapai pada 20 Februari 2014.
- ^ a b c d e "Australia-Brunei bilateral relations". Department of Foreign Affairs and Trade. Januari 2014. Dicapai pada 20 Februari 2014.
- ^ Rabiatul Kamit (2 March 2012). "Brunei and Australia fortify defence relations". The Brunei Times. asiaone. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2014. Dicapai pada 20 Februari 2014.