Howitzer M109
M109 Howitzer | |
---|---|
Jenis | Artileri gerak sendiri |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Spesifikasi | |
Berat | 27.5 tan |
Panjang | 30 kaki (9.1 m) |
Lebar | 10.3 kaki (3.1 m) |
Tinggi | 10.7 kaki (3.3 m) |
Krew | 8 (Komander, Pemandu, 6 x jurumeriam) |
Shel | separate loading, bagged charge |
Kaliber | 155 mm |
Breech | interrupted screw |
Rentas | 360° |
Kadar tembakan | 4 butir/min maksimum, 1 butir/min sustained |
Jarak tembakan efektif | 18,000 m - 30,000 m (menggunakan projektil dorongan roket) |
Senjata pertama | Howitzer M126 155 mm |
Senjata kedua | Mesingan M2 berkaliber .50 (12.7 mm) |
Enjin | diesel 450 hp |
Kuasa/berat | 18.7 hp/t |
Sistem ampaian | bar kilasan |
Jarak operasi | 216 batu (350 km) |
Kelajuan | 35 mph (56 km/j) |
M109 adalah sebuah howitzer 150mm gerak sendiri yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang pertama kali diperkenalkan pada awal tahun 1960-an. Ia telah beberapa kali melalui proses tingkat upaya, yang mana pada hari ini versi terkininya adalah M109A6 Paladin. Keluarga M109 adalah merupakan senjata sokongan tembakan tidak langsung yang biasa digunakan oleh divisyen infantri mekanis di negara-negara Barat.
M109 memerlukan enam orang krew: iaitu komander, pemandu, jurumeriam dan pembantunya serta dua orang pengendali peluru. Versi terkini M109 iaitu M109A6 Paladin pula hanya memerlukan seorang jurumeriam dan dua orang pengendali peluru.
Tentera Darat Britain telah mengantikan M109nya dengan AS-90. Beberapa angkatan tentera negara Eropah juga telah atau sedang dalam proses mengantikan M109 yang telah usang dengan PzH2000 buatan Jerman, yang mana mengatasi keupayaan M109 di dalam banyak aspek. Program tingkat upaya M109 telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat dan Switzerland (KAWEST). Dengan pembatalan program Crusader, Paladin dijangka akan kekal menjadi howitzer gerak sendiri utama di dalam angkatan tentera Amerika Syarikat buat masa terdekat.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]M109A1
[sunting | sunting sumber]- Denmark - 76 (dipertingkatkan ke A3DK)
- Habsyah - 17
- Greece - 51 A1B
- Kuwait - 5 A1B
- Libya - 18 A0
- Oman - 15 A0
- Peru - 12
- Arab Saudi - 28
- Tunisia - 11
- Iran - 390
- Lubnan -[?] khabar angin mengatakan terdapat beberapa unit di dalam simpanan[perlu rujukan]
M109A2/A3
[sunting | sunting sumber]- Belgium - 127 A2 (64 darinya ditingkat upaya kepada A4BE; kini kesemuanya dilucut tauliah) dan 40 A3 (dijual kepada Brazil)
- Jerman - 570 A3GE A1/A2 (dihentikan pada 1 Julai 2007, digantikan dengan PzH 2000
- Greece - 84 A2, 50 A3GEA1, 196 A3GEA2 (tambahan 56 A3GEA2 akan digunakan bagi meningkatkan 50 A3GEA1 ke tahap A3GEA2)[1]
- Mesir - 279 A2
- Korea Selatan - 1,040 (K55)
- Maghribi - 84
- Norway - 56 A3G (14 ditingkatkan kepada A3GN, dan kemudian 9 darinya ditingkat kepada A3GNM bagi menyesuaikan dengan cuaca musim sejuk)
- Pakistan - 150 A2
- Portugal
- Belanda - 126 A2/90 dihentikan penggunaan, kebanyakan digantikan dengan PzH 2000.[2]
- Brazil - 40 A3 (bekas Belgium) Tentera Darat Brazil
- Republik China (Taiwan) - 225
M109A2/A5
[sunting | sunting sumber]- Austria - 80 A2/A5Ö
M109A4
[sunting | sunting sumber]- Belgium - 64 A4BE
- Kanada - 76 A4B+ [3] Dikeluarkan daripada Angkatan Tentera Kanada sejak 2005, setelah digunakan sejak 1967 sehingga 2005. Kesemua kenderaan dimodenkan kepada standard M109A4B+ pada tahun 1980-an. Unit ini banyak digunakan oleh Kumpulan Briged Mekanis Kanada 4 di Jerman. [4]
M109A5
[sunting | sunting sumber]- Mesir - 201
- Israel - 600 "Doher"
- Pakistan - 115 A5
- Portugal
- Thailand - 20
- Maghribi - 60
- Arab Saudi - 48
- Bahrain - 20
- Itali - 192
- Greece - 12
- Sepanyol - 96
M109A6 Paladin
[sunting | sunting sumber]- Amerika Syarikat - 951
M109 KAWEST
[sunting | sunting sumber]- Switzerland
- Chile - 48 (bekas milik Switzerland, ditingkat upaya oleh RUAG.)
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-12. Dicapai pada 2009-12-17.
- ^ Being phased out in 2007-2008 in favor of the PzH 2000 NL: "Koninklijke Landmacht - "M109" (combat support material)" (dalam bahasa Dutch). Dicapai pada 2006-08-24.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-07. Dicapai pada 2009-12-17.
- ^ http://books.google.ca/books?id=Hv7DB_R0KtQC&pg=PA48&lpg=PA48&dq=M109A3B+SPH&source=bl&ots=jOcPTRypDE&sig=y54sCWkTBJm8aJHTSkj8JYOJ6CY&hl=fr&ei=8IE6SvjvBNOFmQewk6DsBA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- M107 (projektil)
- Senarai artileri
- Senarai senjata yang memerlukan krew dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Howitzer M109. |
- M109A6/M992A2 Sample Data Collection
- Gary's Combat Vehicle Reference Guide
- Fas.org
- Globalsecurity.org
- Israeli-weapons.com
- ruag.com Diarkibkan 2007-10-31 di Wayback Machine
- Photos of M109 shooting Diarkibkan 2004-12-24 di Library of Congress Web Archives.
- Danish M109 A3 Diarkibkan 2010-12-18 di Wayback Machine
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari November 2009
- Arkib lain templat webarchive
- Artileri 155 mm
- Artileri gerak sendiri Amerika Syarikat
- Artileri gerak sendiri Jerman
- Artileri gerak sendiri United Kingdom
- Kenderaan tempur berperisai Kanada
- Artileri moden Amerika Syarikat
- Artileri moden Jerman
- Artileri moden Norway