Hong Wan
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Nathaniel Shio Hong Wan[1] | ||
Tarikh lahir | 17 Ogos 2000 | ||
Tempat lahir | Croydon, England[2] | ||
Ketinggian | 1.76 m (5 ka 9 in) | ||
Posisi permainan | Midfielder | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Johor Darul Ta'zim | ||
Nombor | 6 | ||
Kerjaya remaja | |||
–2017 | Charlton Athletic | ||
2017–2019 | Yeovil Town | ||
2019–2021 | Wolverhampton Wanderers | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2019–2021 | Wolverhampton Wanderers | 0 | (0) |
2020 | → Varaždin (pinjaman) | 0 | (0) |
2021– | Johor Darul Ta'zim | 30 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Julai 2023 |
Nathaniel Shio Hong Wan[nota 1] (Bahasa Cina: 温绍康 ; pinyin: Wēn Shàokāng; dilahirkan pada 17 Ogos 2000), atau lebih dikenali sebagai Hong Wan,[3] merupakan seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain selaku pemain tengah bagi sebuah pasukan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim.
Awal kehidupan
[sunting | sunting sumber]Hong Wan merupakan anak kepada seorang ibu warga Malaysia dan seorang bapa warga China. Beliau dilahirkan di Croydon, England.[4][5] Ibu beliau berasal dari Tangkak, Johor, Malaysia[6] manakala bapanya dilahirkan di Beihai, Guangxi, China.[7]
Beliau mula bermain bola sepak ketika berusia dua setengah tahun[8] dan menyertai Charlton Athletic Academy pada usia enam tahun.[7]
Kerjaya bersama kelab
[sunting | sunting sumber]Hong Wan merupakan hasil produk akademi Charlton Athletic[9] dan kemudiannya menyertai Yeovil Town pada tahun 2017. Beliau merupakan kapten pasukan bawah-18 Yeovil Town semasa berada di sana.[9] Namun, beliau gagal membuat penampilan bersama pasukan senior di peringkat liga.[4]
Pada tahun 2019, Hong Wan menandatangi kontrak bersama Wolverhampton Wanderers.[10] Pada bulan Julai 2019, beliau menyertai pasukan senior untuk bermain di dalam pertandingan persahabatan di China yang dinamakan Premier League Asia Trophy.[11] Hong Wan berjaya membuat dua penampilan setelah dibawa masuk dari bangku simpanan di dalam dua perlawanan menentang Newcastle United and Manchester City. Wolves berjaya menjuarai pertandingan tersebut setelah memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.[12]
Pada awal tahun 2020, beliau dipinjamkan ke sebuah kelab Croatia, Varaždin, namun gagal membuat penampilan liga bersama skuad senior ekoran pandemik COVID-19. Beliau kemudiannya pulang ke Wolves empat bulan kemudian.[13][14] Walaupun gagal membuat sebarang penampilan senior di dalam Liga Perdana Inggeris bersama pasukan Wolves, beliau berjaya membuat 21 penampilan bersama pasukan bawah-23 dalam Premier League 2 Division 2 musim 2020-21.[15]
Pada 30 Jun 2021, Hong Wan menyertai sebuah pasukan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim melalui pemindahan percuma.[5] Beliau membuat debut liga bersama pasukan menentang Penang F.C., di mana Johor menang 1–0.[16]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan tempat kelahirannya dan asal ibu bapa, Hong Wan layak mewakili England, Malaysia dan China di peringkat antarabangsa.[17]
Pada bulan Mac 2022, beliau dipanggil untuk menyertai latihan skuad kebangsaan Malaysia bagi bersiap sedia menentang pasukan kebangsaan Filipina, Singapura dan Albirex Niigata Singapore.[18]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Bapa Hong Wan berpindah dari China ke England pada usia muda manakala ibunya berpindah ke England dari Malaysia pada usia dua puluhan untuk melanjutkan pelajarannya.[8]
Hong Wan menerima pasport dan kad pengenalan Malaysia pada tahun 2021 selepas menyertai Johor Darul Ta'zim.[19][20]
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Sehingga perlawanan setakat 23 Julai 2023[21]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Benua | Lain-lain | Jumlah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahagian | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | ||
Wolverhampton Wanderers B-21 | 2019–20 | — | — | — | — | — | 0 | 0 | 0 | 0 | ||||
2020–21 | — | — | — | — | — | 1[a] | 0 | 1 | 0 | |||||
Jumlah | — | — | — | — | 1 | 0 | 1 | 0 | ||||||
Johor Darul Ta'zim | 2021 | Liga Super Malaysia | 0 | 0 | — | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
2022 | Liga Super Malaysia | 13 | 0 | 6[b] | 0 | 4[c] | 0 | 4[d] | 0 | 1[e] | 0 | 28 | 0 | |
2023 | Liga Super Malaysia | 17 | 0 | 0 | 0 | 3[c] | 1 | 0 | 0 | — | 20 | 1 | ||
Jumlah | 30 | 0 | 6 | 0 | 7 | 1 | 4 | 0 | 1 | 0 | 48 | 1 | ||
Jumlah kerjaya | 30 | 0 | 6 | 0 | 7 | 1 | 4 | 0 | 2 | 0 | 49 | 1 |
- ^ Muncul dalam Trofi EFL
- ^ Kemunculan dalam Piala Malaysia
- ^ a b Kemunculan dalam Piala FA Malaysia
- ^ Kemunculan dalam Liga Juara-Juara AFC
- ^ Kemunculan dalam Piala Sumbangsih
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Johor Darul Ta'zim
- Liga Super Malaysia: 2022[15]
- Piala Malaysia: 2022
- Piala FA Malaysia: 2022,[22] 2023[23]
- Piala Sumbangsih: 2022,[24] 2023[25]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Nama ini mengikuti susunan penamaan Barat. Nathaniel Shio Hong adalah nama yang diberikan dan Wan adalah nama keluarganya, menurut namanya dalam aksara Cina.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Nathaniel Shio Hong Wan Midfielder, Profile & Stats | Premier League". premierleague.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2022.
- ^ "Hong Wan". worldfootball.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Februari 1889. Check date values in:
|access-date=
(bantuan) - ^ "From Wolves to Johor: Get to know JDT's new signing, Hong Wan | Astro SuperSport" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Mac 2022 – melalui YouTube.
[Nathaniel] is my English name but I don't tend to use that, I just use Hong.
- ^ a b Nash, Tim (2019-05-23). "Wan looking to win for Wolves after signing". Wolves Bite (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-17.
- ^ a b "Wolves' Shio set to give JDT more bite | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-30. Dicapai pada 2021-12-18.
- ^ Hashim, Firdaus (2021-06-30). "Hong Wan akui JDT setanding kelab EPL". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-04.
- ^ a b "温绍康:希望为中国国家队踢球,家人一定会非常支持_竞彩波经_比分盘口_华体网". nb.sportscn.com. Dicapai pada 2022-03-04.
- ^ a b "From Wolves to Johor: Get to know JDT's new signing, Hong Wan | Astro SuperSport" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2022 – melalui YouTube.
- ^ a b Spiers, Tim (24 Mei 2019). "Wolves snap up promising youngster Hong Wan". shropshirestar.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2022.
- ^ "Wolverhampton Wanderers sign Yeovil Town youngster Hong Wan". SomersetLive. 23 Mei 2019. Dicapai pada 7 Februari 2022.
- ^ "00后英超华裔小将加盟马来西亚球队 曾表示想为中国队效力_温绍康". sohu.com (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 8 Mac 2022.
- ^ "Nathaniel Shio Hong Wan Johor Darul Ta'zim videos, transfer history and stats – SofaScore". sofascore.com. Dicapai pada 8 Mac 2022.
- ^ "Squad of NK Varazdin – Season 2020". besoccer.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-18.
- ^ "Official: Wolves confirm 26th loan departure of the season". Vital Wolverhampton Wanderers (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-19. Dicapai pada 2021-12-17.
- ^ a b Biodata Hong Wan di Soccerway
- ^ "Johor Darul Ta'zim vs. Pulau Pinang – 4 Mac 2022". Soccerway. Dicapai pada 4 Mac 2022.
- ^ "I'm open to playing for Malaysia, says Wolves youngster Hong Wan". english.stadiumastro.com. Dicapai pada 2021-12-18.
- ^ "SIARAN MEDIA: SENARAI 30 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT HARIMAU MALAYA BERMULA 14 MAC 2022 | FAM". fam.org.my. Dicapai pada 10 Mac 2022.
- ^ "Penantian berbaloi untuk bintang muda JDT, Hong Wan". shootapp-share (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-04.
- ^ "SQUAD UPDATES". Johor Darul Ta'zim FC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-04.
- ^ Biodata Hong Wan di Soccerway
- ^ "2022 Piala FA Malaysia". cms.fam.org.my. Dicapai pada 11 September 2022.
- ^ "JDT crack open KL City's defence to retain FA Cup". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 22 July 2023. Dicapai pada 22 July 2023.
- ^ "2022 Piala Sumbangsih". cms.fam.org.my. Dicapai pada 5 Mac 2022.
- ^ "JDT berada di landasan tepat – Solari". Sinar Harian. 25 Februari 2023. Dicapai pada 22 Mac 2023.