Honda Freed
Penampilan
Honda Freed | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Honda |
Pengeluaran | 2008-sekarang |
Pendahulu | Honda Mobilio |
Kelas | MPV padat |
Gaya badan | Minivan 5 pintu 7 tempat duduk |
Reka letak | FF |
Enjin | 1.5 L L15A VTEC I4 |
Penghantaran | CVT Automatik 5 kelajuan |
Jarak roda | 2,740 mm (107.9 in) |
Panjang | 4,215 mm (165.9 in) |
Lebar | 1,700 mm (66.9 in) |
Tinggi | 1,735 mm (68.3 in) |
Berkait | Honda Jazz Honda City Honda Insight Toyota Avanza |
Honda Freed ialah model MPV keluaran pengeluar kereta Jepun Honda sejak tahun 2008. Model ini merupakan pengganti kepada Honda Mobilio. Freed dibina berasaskan pelantar Honda Jazz. Model yang dijual di Malaysia merupakan versi tujuh tempat duduk yang diimport dari Indonesia. Freed digerakkan oleh enjin L15A yang sama dengan Honda City, tetapi ditala semula untuk menghasilkan kuasa kuda 118 PS dan kilasan 148 N-m, sedangkan Honda Jazz/City menghasilkan 120 PS dengan kilasan 145 N-m.
Pada September 2009, adalah diumumkan bahawa versi hibrid bakal dikeluarkan pada tahun 2011 [1].
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Honda Freed |