Holokus di Romania
Holokus di Romania ialah peristiwa Holokus yang berlaku di Kerajaan Beraja Romania. 380,000 – 400,000 orang Yahudi mati di wilayah jajahan Romania, antaranya Bessarabia, Bukovina dan Transnistria.[1] Romania salah satu negara utama yang bertanggungjawab atas Holokus selain Jerman Nazi.[2][3][4]
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Pada awal abad ke-20, Romania mula menyokong idea-idea anti-Yahudi terutamanya dalam penerbitan dan tulisan tokoh-tokoh terkemuka Romania, seperti AC Cuza, Nichifor Crainic, Nicolae Iorga, Nicolae Paulescu dan Ion Găvănescu, menulis tentang memisahkan orang Yahudi daripada orang Eropah.[5] Sebuah kumpulan yang dipanggil Pengawal Besi merupakan sebuah organisasi besar yang secara terbuka menyerang masyarakat Yahudi di Romania. Dahulunya sebuah kumpulan politik kecil di bawah nama Pengawal Nurani Kebangsaan, gerakan mereka berkembang pada tahun 1920 dengan penyertaan Corneliu Zelea Codreanu. Perpecahan dan perselisihan faham menyebabkan Corneliu dan yang lain meninggalkan gerakan itu dan membentuk Bala Tentera Malaikat Mikael pada tahun 1927, dan kemudian pada tahun 1930 mereka membentuk Pengawal Besi untuk bersatu dengan kumpulan nasionalis yang lain. Walaupun sudah menukar nama beberapa kali, kumpulan itu dikenali di media dan orang ramai sebagai organisasi "Legionari dan Pengawal Besi", yang memperjuangkan kepercayaan anti-komunis, anti-Yahudi dan fasis.[6]
Dasar dan perundangan kerajaan sebelum perang
[sunting | sunting sumber]Di Romania, undang-undang anti-Yahudi tidak dipengaruhi oleh Jerman tetapi sebenarnya dicipta oleh negara itu sendiri sebelum Jerman Nazi berkuasa. Apabila Jerman menjadi lebih berkuasa, Romania mengabaikan perjanjian-perjanjian yang telah dibuat untuk melindungi golongan minoriti di negara itu selepas Perang Dunia Pertama. Undang-undang anti-Yahudi di Romania biasanya tertumpu kepada mempergunakan mereka daripada cuba merendahkan mereka seperti di Jerman.[7]
Pada akhir tahun 1937, kerajaan Octavian Goga berkuasa, menjadikan Romania negara yang bersifat anti-Yahudi dengan terbuka yang kedua di Eropah.[8][9] Romania menjadi negara Eropah yang kedua selepas Jerman yang meluluskan undang-undang anti-Yahudi, dan satu-satunya selain Jerman yang berbuat demikian sebelum Anschluss 1938.[10][11] Selain Jerman, Romania adalah satu-satunya negara yang melengkapi semua langkah dalam proses memusnahkan orang Yahudi, daripada mentakrifkan mereka hingga membunuh.[12][13]
Keganasan anti-Yahudi dan pengusiran
[sunting | sunting sumber]Holokus Romania berlaku tanpa kawalan Nazi. Romania, satu-satunya sekutu Nazi, melakukan kempen genosid terhadap orang Yahudi dengan sendiri tanpa bantuan SS Heinrich Himmler.[14] Pembunuhan orang Yahudi di wilayah Soviet yang diduduki Romania adalah "pembasmian kaum yang dilakukan secara berasingan daripada pelan Penyelesaian Akhir Nazi". Ia merupakan pembasmian Yahudi yang terbesar oleh tentera bukan Jerman.[15] Romania juga menolak arahan Nazi untuk mengusir orang Yahudi Romania ke kem tahanan Belzec.[16] Romania bahkan lebih giat dalam Holokus semasa minggu pertama Operasi Barbarossa. Ini dipuji oleh Adolf Hitler pada 19 Ogos 1941: "Adapun Isu Yahudi, kini memang pasti lelaki seperti Antonescu jauh lebih radikal dalam hal ini daripada kita setakat ini." Rejim Ion Antonescu membunuh wanita dan kanak-kanak Yahudi, membasmi seluruh komuniti Yahudi, sedangkan Nazi Jerman masih membunuh lelaki Yahudi sahaja.[17]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Murder of the Jews of Romania". www.yadvashem.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-06. Dicapai pada 2022-02-23.
- ^ Midlarsky, Manus I. (17 March 2011). Origins of Political Extremism: Mass Violence in the Twentieth Century and Beyond. Cambridge University Press. ISBN 9781139500777 – melalui Google Books.
- ^ Valeria Chelaru: Tradition, Nationalism and Holocaust Memory: Reassessing Antisemitism in Post-Communist Romania, page 73
- ^ Roland Clark: New models, new questions: historiographical approaches to the Romanian Holocaust, page 304
- ^ Tudor, L. (2015). The Romanian Iron Guard: its origins, history and legacy. www.academia.edu. m/s 69.
- ^ Tudor, L. (2015). The Romanian Iron Guard: its origins, history and legacy. www.academia.edu. m/s 70-79.
- ^ Hollander, Ethan J. (25 Oktober 2016). Hegemony and the Holocaust: State Power and Jewish Survival in Occupied Europe. Springer. ISBN 9783319398020 – melalui Google Books.
- ^ Brustein, William (13 October 2003). Roots of Hate: Anti-Semitism in Europe Before the Holocaust. Cambridge University Press. ISBN 9780521774789 – melalui Google Books.
- ^ Ioanid, Radu (20 April 2022). The Holocaust in Romania: The Destruction of Jews and Roma Under the Antonescu Regime, 1940–1944. Rowman & Littlefield. ISBN 9781538138090 – melalui Google Books.
- ^ Weinbaum, Laurence (31 Januari 2004). "Where Memory is a Curse and Amnesia a Blessing: A Journey Through Romania's Holocaust Narrative". Institute of the World Jewish Congress – melalui Google Books.
- ^ Kar dy, Viktor (1 Januari 2004). The Jews of Europe in the Modern Era: A Socio-historical Outline. Central European University Press. ISBN 9789639241527 – melalui Google Books.
- ^ Sorkin, David; Sorkin, Profesor David (Profesor) (14 September 2021). Jewish Emancipation: A History Across Five Centuries. Princeton University Press. ISBN 9780691205250 – melalui Google Books.
- ^ Stenberg, Peter (31 Januari 1991). Journey to Oblivion: The End of the East European Yiddish and German Worlds in the Mirror of Literature. University of Toronto Press. ISBN 9780802058614 – melalui Google Books.
- ^ Eaton, H. (2013). The origins and onset of the Romanian Holocaust. Wayne State University Press.
- ^ Payne, S. G. (1996). A history of fascism, 1914–1945. University of Wisconsin Press. m/s 396.
- ^ Popa, I. (2017). The Romanian Orthodox Church and the Holocaust. Indiana University Press. m/s 30
- ^ Goldenshteyn, M. (2022). So They Remember: A Jewish Family’s Story of Surviving the Holocaust in Soviet Ukraine. University of Oklahoma Press. m/s 8.