Hiroshima Toyo Carp
Hiroshima Toyo Carp | |||||
---|---|---|---|---|---|
広島東洋カープ | |||||
| |||||
Maklumat | |||||
Liga | Nippon Professional Baseball
| ||||
Lokasi | Minami-ku, Hiroshima, Hiroshima, Jepun | ||||
Stadium | Mazda Zoom-Zoom Stadium Hiroshima | ||||
Tahun penubuhan | 5 Disember 1949 | ||||
Nama gelaran | Koi (鯉, carp) | ||||
Pennant CL | 9 (1975, 1979, 1980, 1984, 1986, 1991, 2016, 2017, 2018) | ||||
Kejuaraan Japan Series | 3 (1979, 1980, 1984) | ||||
Nama lama |
| ||||
Stadium lama |
| ||||
Warna | Merah, putih | ||||
Maskot | Slyly | ||||
Kemunculan playoff | 5 (2013, 2014, 2016, 2017, 2018) | ||||
Nombor tidak digunakan | 3, 8, 15 | ||||
Pemilikan | Hajime Matsuda | ||||
Pengurusan | Keluarga Matsuda | ||||
Pengurus | Takahiro Arai | ||||
Seragam | |||||
Hiroshima Toyo Carp (広島東洋カープ , Hiroshima Tōyō Kāpu) ialah pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Hiroshima. Pasukan ini bertanding di Nippon Professional Baseball (NPB). Pasukan ini telah dimiliki oleh keluarga Matsuda yang diketuai oleh Hajime Matsuda (松田元 , Matsuda Hajime), seorang daripada keturunan pengasas Mazda, Jujiro Matsuda. Mazda merupakan pemegang saham terbesar (34.2%), iaitu kurang sedikit bahagian yang dimiliki oleh keluarga Matsuda (kira-kira 60%). Oleh sebab itu, Mazda tidak dikira sebagai pemilik firma. Walau bagaimanapun, hubungan syarikat itu telah ditampilkan pada nama pasukan sehingga tahun 1984, nama rasmi Mazda ialah Toyo Kogyo Co., Ltd. (東洋工業株式会社 , Tōyō Kōgyō Kabushiki Gaisha). Pasukan Carp juga merupakan satu-satunya pasukan daripada 28 pasukan besbol Asia yang majoritinya dimiliki secara persendirian. Carp telah ditubuhkan setelah empat tahun peristiwa pengeboman atom Hiroshima. Kemudian, pasukan ini bangkit sebagai juara Liga Pusat seiring dengan pembinaan semula bandar Hiroshima. Maka, pasukan ini sering dirujuk sebagai "simbol kebangkitan Hiroshima selepas perang".[1]
Seragam
[sunting | sunting sumber]Seragam lama Hiroshima Toyo Carp dilihat serupa dengan pasukan Major League Baseball, Cincinnati Reds. Seragam asal Hiroshima Carp ialah berasal daripada seragam yang digunakan oleh pasukan besbol varsiti Universiti Chicago yang pergi menjelajah ke Jepun pada 1912 untuk menentang pasukan universiti utama.[2] Antara pasukan yang menjadi cabaran mereka ialah Universiti Chuo yang mengambil inspirasi menggunakan seragam pasukan Reds termasuk logo "C".[3] Alumni Universiti Chuo kemudiannya membantu dalam menjadi perintis kepada penubuhan pasukan Hiroshima Carp.
Pemain terkenal
[sunting | sunting sumber]Pemain MLB
[sunting | sunting sumber]Aktif:
- Kenta Maeda (2016–)
- Seiya Suzuki (2022-)
Bersara:
- Colby Lewis (2002–2004, 2006–2007, 2010–2012, 2014–2016)
- Hiroki Kuroda (2008–2014)
- Ken Takahashi (2009)
- Richie Scheinblum (1975–1976)
- Alfonso Soriano (1999–2014)
Nombor tidak digunakan
[sunting | sunting sumber]- Sachio Kinugasa (1975–1987), (#28:1965–1974)
- Koji Yamamoto (1971–1986, 2001–2005), (#27:1969–1970), (#88:1989–1993 sebagai pengurus)
- Hiroki Kuroda (1997–2007, 2015–2016) (#18:2008-2014 di MLB)
Nombor penghargaan
[sunting | sunting sumber]- Tomonori Maeda (1990–2013) - Seiya Suzuki (2019–2021)
- Kenjiro Nomura (1989–2005) - Shota Dobayashi (2013–)
- Shinji Sasaoka (1990-2007) - Kenta Maeda (2008–2015) - Masato Morishita (2020–)
- Manabu Kitabeppu (1976–1994) - Katsuhiro Nagakawa (2003–2019) - Ryoji Kuribayashi (2021–)
- Takahiro Arai (1999–2007、2016–2018, 2023-)
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "コラム:広島カープ――市民の球団,復興の道標". Dicapai pada 2023-03-31.
- ^ Stephen Ellsesser. "Century-old rivalry renewed in Japan". MLB.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2015. Dicapai pada 14 May 2019.
- ^ "chuo university baseball - Bing images". www.bing.com (dalam bahasa Inggeris).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hiroshima Toyo Carp |
- Official website
- japanesebaseball.com Carp page
- Carp train (operated by Hiroden)