Hikayat Raja Khandak
Hikayat Raja Khandak merupakan salah satu hikayat Melayu lama.
Hikayat Raja Khandak mengisahkan mengenai antara pahlawan-pahlawan Islam yang termasyur gagah berani pada zaman Rasulullah ialah Sayyidina 'Ali ibn Abu Talib, iaitu suami Fatimah, puteri Rasulullah. Kisah keberanian dan kegagahan Sayyidina 'Ali ada terkandung di dalam Hikayat Raja Khandak (ad a orang menyebut Hondok). Di-dalam hikayat ini meriwayatkan apabila 'Ali bertempek di medan perang suaranya seperti halilintar membelah bumi; pedangnya yang bernama Dzulfakar itu apabila di hunus memanjangkan diri hingga saujana mata memandang, demikian juga peri ketingkasan kudanya yang bernama Duldul itu sebagai terbang lakunya. Oleh keberanian dan kegagahan 'Ali hingga ia digelar dalam hikayat itu "'Ali Harimau Allah."
Menurut sejarah Islam 'Ali ialah orang yang mula-mula menjadi pengikut Rasulullah selain dari Khadijah, isteri Rasul ullah. 'Ali sentiasa mengikut Rasulullah terutamanya dalam peperangan yang penting-penting; ia diangkat menjadi khalifah Islam yang keempat tetapi tiada di-akui: oleh Mu'awiah ibn Abi Sufian serta pengikut-pengikutnya yang terkenal dengan gelaran Bani Umaiyah, maka akhirnya peperangan telah berlaku di-antara kedua pihak itu.
Menurut ceritanya Ali telah mati ditikam oleh gembala kudanya yang diupah oleh Mu'awiah, ia-itu tatkala 'Ali hendak ka-masjid.
'A1i dengan isterinya, Fatimah, puteri Rasu1ullah, mempunyai dua orang putera Hasan dan Husain, tetapi dengan isterinya yang lain ia mempunyai seorang putera lagi bernama Muhammad 'A1i Hanafiah.