Pergi ke kandungan

Hikayat Nabi Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kitab lama dalam tulisan Jawi mengenai kisah Nabi Yusuf. a.s.
Kitab lama dalam tulisan Jawi mengenai kisah Nabi Yusuf. a.s.

Hikayat Nabi Yusof merupakan sebuah hikayat Melayu lama dalam tulisan Jawi yang mengisahkan kisah Nabi Yusuf a.s.. . Ia mengisahkan kisah Nabi Yusuf a.s. dan dugaan yang dihadapinya. Ia merupakan antara naskah hikayat lama Melayu yang tertua yang masih selamat dan satu naskah terdapat di Universiti Cambridge bertarikh T.M 1601.

Terdapat penyelidik yang memutuskan bahawa berdasarkan bentuk dan bahasa penulisan, dipercayai ia berasal dari kesusasteraan Parsi. [1]

Manuskrip terawal Hikayat Nabi Yusuf adalah Qisah Yusuf yang dikatakan ditulis pada 1604, yang disebut oleh van Ronkel sebagai manuskrip Melayu terawal yang diterima oleh Erpenius pada abad ke-17.[2]

  • Terdapat satu salinan di Muzium Pusat, Jakarta.
  • Satu salinan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kisah Nabi Yusuf Alaihissalamyang dikumpul dari Kedah.
  • Katalog Perpustakaan Universiti Malaya menyenaraikan satu salinan mikrofilem dari Perpustakaan Universiti Leiden
  • Pada 1736, Werndly menyenaraikan Hikayat Nabi Yusuf dalam daftar manuskrip Melayunya.



Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z