Pergi ke kandungan

Hierakosfinks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ukiran dinding Horus di kuil Edfu, Mesir

Hierakosfinks (Bahasa Yunani Kuno: ἱερακόσφιγξ) ialah binatang mitos yang terdapat dalam arca-arca Mesir dan jata Eropah.[1] Dewa Haroeris ("Horus Si Tua") biasa digambarkan sebagai hierakosfinks. Nama Hierakosfinks berasal daripada bahasa Yunani Ιερακόσφιγξ, daripada ἱέραξ (hierax "helang") + σφίγξ ("sfinks").[2]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Hierakosfinks mempunyai kepala helang dan badan singa. Namanya dicipta oleh Herodotus untuk sfinks-sfinks berkepala helang yang beliau lihat di Mesir; yang satu lagi ialah sphinx berkepala biri-biri yang Herodotus panggil Kriosfinks (Bahasa Yunani Kuno: Κριόσφιγξ).

[sunting | sunting sumber]

Hierakosfinks ialah nama kad raksasa dalam permainan kad Yu-Gi-Oh!.[3]

Dalam permainan strategi masa sebenar Age of Mythology, memuja Bastet membolehkan pemain menaiktarafkan Sfinks mereka kepada Hierakosfinks.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Gwynn-Jones, P. Ll. (1998) The Art of Heraldry : origins, symbols, designs, London : Parkgate, ISBN 1-85585-560-7
  2. ^ "Definition of 'hieracosphinx'". www.collinsdictionary.com.
  3. ^ "Hieracosphinx | Card Details | Yu-Gi-Oh! TRADING CARD GAME - CARD DATABASE".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]