Hidayatullah dari Ternate
Sultan Dayalu/Hidayatullah (tempoh dari tahun 1522-1529), penguasa Ternate ke-20 adalah putera Sultan Bayanullah (tempoh dari tahun 1500-1522) dari permaisurinya Sultanah Nukila, puteri Sultan Almansur (tempoh dari tahun 1512-1526) dari Tidore.
Putera Dayalu dilihat sangat muda ketika ayahnya mangkat, usianya baru enam tahun hingga pemerintahan terpaksa dipegang bersama ibunya iaitu janda kepada Sultan Bayanullah, Sultanah Nukila dan pakciknya Putera Taruwese selama beberapa tahun.
Adanya dualisme kepemimpinan yang berlaku di Ternate yang dapat dilihat oleh Portugis sebagai peluang untuk memulakan pengaruhnya di Maluku. Maka, kedua Wali ini telah diadu domba oleh Portugis.
Pada tahun 1526 ayahanda Sultanah Nukila, Sultan Almansur dari Tidore mangkat dan meninggalkan takhta yang berada di dalam kekosongan dan tidak terisi, satu-satunya pewaris yang berhak adalah cucunya yakni putera mahkota Ternate Dayalu yang baru sahaja dinobatkan menjadi Sultan Ternate, Sultanah Nukila menginginkan takhta Ternate dan Tidore dipersatukan di bawah puteranya itu tetapi Portugis tentu sahaja tidak senang atas maksud ini kerana penyatuan Ternate dan Tidore akan semakin menyulitkan mereka dalam upaya menguasai Maluku. Maka Gabenor Portugis telah memujuk Wali Raja Taruwese untuk menentang usul tersebut dan menjanjikan sokongan atas tuntutannya ke atas takhta Ternate.
Perang saudara di Ternate telah tercetus diantara pihak Sultan Dayalu yang disokong Tidore dan Putera Taruwese yang disokong oleh Portugis. Sultan Dayalu tewas dan Putera Teruwese muncul sebagai pemenang namun tidak lama kemudian, baginda pun tewas dalam pemberontakan yang berlaku pada tanggal 31 Oktober 1529.