Pergi ke kandungan

Hiburan malam hari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lampu laser menerangi tempat menari dalam peristiwa muzik tarian Gatecrasher di Sheffield, England.

Hiburan malam hari ialah istilah kolektif untuk mana-mana hiburan yang lebih popular dari awal petang hingga larut malam. Tempat-tempat hiburan tersebut termasuk pub, kelab malam, bar, muzik di hadapan penonton, konsert, kabaret, teater kecil, pawagam kecil, dan sesetengah restoran. Jenis hiburan malam hari berbeza-beza daripada yang tidak begitu rancak sehingga yang tidak senonoh. Bagaimanapun, hiburan malam hari memang bersifat lebih rancak, berbanding dengan hiburan siang hari dan biasanya lebih diorientasikan kepada dewasa muda. Hiburan malam hari juga merangkumi "hiburan dewasa" seperti daerah pelacuran.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]