Pergi ke kandungan

Hemodialisis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Rawatan boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisis atau di rumah. Pesakit rawatan hemodialisis perlu menjalani pembedahan membuat fistula terlebih dahulu. Dua jarum khas dicucuk ke dalam fistula untuk mengalirkan darah dan disambungkan ke mesin hemodialisis melalui tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan buah pinggang tiruan pada mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam badan melalui jarum yang satu lagi.

Prinsip hemodialisis adalah dengan menerapkan proses osmosis dan ultrafiltrasi pada ginjal buatan untuk membuang sisa-sisa metabolisme daripada tubuh.Darah yang dipam keluar dari tubuh dialirkan masuk ke dalam mesin dialiser yang berfungsi sebagai ginjal buatan untuk proses penyingkiran sisa-sisa toksik melalui proses difusi dan ultrafiltrasi oleh cairan khusus untuk dialisis. Tekanan di dalam ruang dialisat yang lebih rendah daripada tekanan dalam darah menyebabkan cairan, sisa-sisa metabolik serta sisa-sisa toksik di dalam darah disingkirkan melalui selaput dan masuk ke dalam dialisat. Proses hemodialisis melibatkan penyingkiran zat terlarut melalui suatu membrane semipermeable. Penyingkiran cecair(ultrafiltrationTeks condong) dilakukan dengan mengubah tekanan hidrostatik bahagian dialysate, menyebabkan cecair dan beberapa zat terlarut untuk bergerak merentasi membran di sepanjang cerun tekanan yang diwujudkan. Molekul zat terlarut dalam darah akan berpindah ke dalam dialisat setiap kali molekul zat terlarut mengalir melalui membran semipermiable. Setelah darah dibersihkan, darah dialirkan kembali ke dalam tubuh.

Dialisis buah pinggang

[sunting | sunting sumber]

Mengikut cara atau kaedah rawatan biasa (allopati), jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui. Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan allopati hari ini telah mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Biasanya pesakit yang sudah menjalani dialisis memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk membuat satu terapi pembersihan darah dan sekurang-kurangnya dialisis hendaklah dibuat 3 kali dalam seminggu. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Di pusat-pusat Dialisis Swasta ianya memerlukan sekurang-kurang RM 300 hingga RM 400 untuk sekali membuat dialisis. Untuk satu bulan rawatan dialisis pesakit memerlukan sekurang-kurang RM 1,000.00. Selain itu, masalah yang sering dihadapi adalah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.

'Pemindahan buah pinggang

[sunting | sunting sumber]

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun, jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.

Peritoneal dialisis

Melalui peritoneal dialisis, darah dibersihkan di dalam tubuh anda. Doktor anda akan melakukan pembedahan untuk meletakkan sebuah tabung plastik yang disebut katerer ke dalam perut anda. Melalui rawatan cara ini, kawasan perut anda yang disebut rongga peritoneal secara perlahan akan diisi dengan cairan dialisat melalui katerer. Darah akan berada di dalam arteri dan vena yang melapisi rongga peritoneal anda. Cecair yang berlebihan dan juga bahan-bahan yang tidak diperlukan akan ditarik keluar dari darah dan masuk ke dialisat. Ada dua jenis peritoneal dialisis iaitu Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dan Continuous Cycling Peritoneal Dialysis(CCPD). Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis atau CAPD adalah satu-satunya jenis peritoneal dialisis yang tidak menggunakan mesin. Melalui CAPD, anda boleh melakukannya sendiri di rumah atau di tempat kerja. Selalunya ia dilakukan 4 atau 5 kali sehari. Anda akan meletakkan satu bag dialisat(lebih kurang 2 liter) ke dalam rongga peritoneal anda melalui katerer. Dialisat akan dibiarkan di dalam rongga peritoneal tadi selama 4 atau 5 jam. Kemudian akan dikeringkan kembali ke dalam bag dan dibuang. Ini disebut sebagai bursa atau pertukaran. Anda akan menggunakan 1 bag dialisat yang baru setiap kali melakukan pertukaran. Sementara dialisat dibiarkan di dalam rongga peritoneal, anda boleh melakukan aktiviti harian atau pun kerja anda. Continuos Cycling Peritoneal Dialysis atau CCPD pula biasanya akan dilakukan di rumah dengan menggunakan sebuah mesin khas yang dipanggil sebagai cycler. CCPD adalah sama dengan CAPD cuma berbeza dari jumlah pertukarannya sahaja. Setiap pertukaran biasanya berlangsung selama 1 jam dan pertukaran berlaku sepanjang malam ketika anda sedang tidur.

Vascular access

'Vascular access' kekal ialah saluran darah vena yang mengandungi campuran darah arteri bagi tujuan menyalurkan darah yang mencukupi semasa rawatan hemodialisis. Ia dibuat melalui pembedahan kecil untuk menyambung saluran arteri dengan vena. Penyambungan ini dinamakan 'native AV fistula' (sekiranya saluran darah pesakit sendiri digunakan). Untuk tujuan yang sama bahan sintetik (synthetic graft) boleh digunakan. Mereka yang mengalami kegagalan ginjal yang kronik dinasihatkan membuat persediaan awal untuk menjalani rawatan hemodialisis. Mereka juga dinasihatkan untuk melakukan pembedahan kecil (fistula) tersebut beberapa bulan sebelum rawatan hemodialisis diperlukan. Mereka yang enggan menjalani pembedahan ini menanggung risiko komplikasi jangka pendek atau jangka panjang apabila memulakan rawatan secara mengejut.

Jenis-jenis Hemodialisis

[sunting | sunting sumber]

Hemodialisis Konvensional

[sunting | sunting sumber]

Hemodialisis kronik biasanya dilakukan tiga kali seminggu, selama kira-kira 3-4 jam untuk setiap rawatan, di mana darah pesakit diambil keluar melalui tiub pada kadar 200-400 mL / min. Tiub disambung ke pada 15, 16, atau 17 tolok jarum dimasukkan kedalam fistula dialysis atau disambungkan pada salah satu kateter dialisis. Darah tersebut akan dipam melalui dializer, kemudian darah yang diproses akan dipam semula ke dalam aliran darah pesakit melalui tiub. Semasa membuat dialisis, tekanan darah pesakit perlu dipantau, jika tekanan darah pesakit sangat rendah ia boleh menyebabkan prosedur untuk dialisis.

Hemodialisis Harian

[sunting | sunting sumber]

Hemodialisis harian biasanya digunakan oleh pesakit yang melakukan dialysis sendiri di rumah. Hemodialisis jenis ini senang di gunakan oleh pesakit di rumah. Hemodialisis harian ini digunakan 2 jam setiap enam hari dalam seminggu. Hemodialisismalam Hemodialisis malam ialah sama seperti prosedur hemodialisis konvensional. Tetapi ia berbeza pada waktu untuk mengunakannya. Hemodialisis jenis ini biasa digunakan pada waktu malam. Ia digunakan tiga hingga enam hari dalam seminggu. Ia bisasa digunakan semasa pesakit tengah tidur ia itu selama enam jam.

Kebaikan dan keburukan

[sunting | sunting sumber]
  • Kadar kematian yang rendah
  • Kawalan yang lebih baik untuk tekanan darah dan kekejangan perut.
  • Dapat mengurangkan sekatan diet.
  • Kesan penyingkiran cecair yang lebih baik untuk kegunaan harian: toleransi yang lebih baik dan komplikasi yang sedikit dengan kegunaan lebih kerap.

Keburukan

[sunting | sunting sumber]
  • Memerlukan bekalan air berkualiti tinggi dan elektrik dalam kuantiti yang banyak
  • Memerlukan teknologi yang boleh dipercayai seperti mesin-mesin dialisis
  • Prosedur yang rumit dan memerlukan penjaga oleh pakar yang mempunyai pengetahuan yang lebih
  • Memerlukan masa untuk ‘set-up’ mesin
  • Kos yang tinggi untuk menggunkan mesiN dialisis serta kekurangan pakar untuk mengendali mesin dialisis
  • Pembekuan darah dalam fistula, tiub dan buah pinggang tiruan semasa dailisis. Oleh itu, dialysis perlu di berhentikan
  • Masalah tekanan darah rendah semasa dialisis.
  • Ini sangat penting sekiranya tekanan darah pesakit kerap rendah fistula pada tangan pesakit,ini boleh membahayakan nyawa pesakit
  • Jangkitan pada fistula atau darah. Pesakit biasanya akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, menggigil, lemah dan sebagainya