Pergi ke kandungan

Heksilresorsinol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Heksilresorsinol
Data klinikal
Kod ATC
Pengecam
  • 4-heksilbenzena-1,3-diol
Nombor CAS
PubChem CID
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.004.780 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC12H18O2
Jisim molar194.27
Model 3D (JSmol)
  • Oc1cc(O)ccc1CCCCCC

Hexylresorcinol (Jawi: هيكسيلريسورسينول) ialah suatu sebatian organik dengan sifat anestetik setempat, antiseptik, dan antelmintik.[1]

Ia digunakan secara setempat pada jangkitan kulit kecil, atau digunakan sebagai ramuan dalam lozeng tekak. Ia dipasarkan sebagai S.T.37 oleh Numark Laboratories, Inc. (dalam larutan 0.1%) untuk melegakan kesakitan oral dan sebagai antiseptik. Sytheon Ltd., AS memasarkan heksilresorsinol (dinama dagang sebagai Synovea HR). Johnson & Johnson gunakan heksilresorsinol dalam produk penjagaan kulit seperti Neutrogena, Aveno, dan RoC sebagai krim antipenuaan. Heksilresorsinol pernah digunakan secara komersial oleh berbagai syarikat kosmetik dan penjagaan diri, seperti Mary Kay, Clarins, Unilever, Murad, Arbonne, dan pelbagai syarikat besar dan kecil yang lain.

Sebuah selidikan yang diterbitkan dalam jurnal Chemical Research in Toxicology [2] menunjukkan bahawa 4-heksilresorsinol jika digunakan sebagai bahan tambahan makanan (E-586) memperlihatkan aktiviti estrogenik, yakni serupa dengan aktiviti hormon estrogen wanita.

Dalam sebuah selidikan, 4-heksilresorsinol meningkatkan hayat simpanan udang dengan mengurangkan melanosis (tompok hitam).[3]

Dalam kes tikus dengan kanser, 4-heksilresorsinol merencatkan pertumbuhan NF-κB dan lanjutkan kadar sintasan (survival rate) mereka.[4]

  1. ^ O. Gisvold (1966). Textbook of Organic Medicinal and Pharmaceutical Chemistry (ed. 5). Philadelphia: Lippincott. m/s. 237–262. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)
  2. ^ Amadasi, A; Mozzarelli, A; Meda, C; Maggi, A; Cozzini, P (2009). "Identification of xenoestrogens in food additives by an integrated in silico and in vitro approach". Chem. Res. Toxicol. 22 (1): 52–63. doi:10.1021/tx800048m. PMC 2758355. PMID 19063592.
  3. ^ Montero, P. (2006). "Effectiveness of Onboard Application of 4-Hexylresorcinol in Inhibiting Melanosis in Shrimp (Parapenaeus longirostris [es])". Journal of Food Science. 69: C643–C647. doi:10.1111/j.1365-2621.2004.tb09913.x.
  4. ^ Kim, Seong-Gon (2011). "4-hexylresorcinol inhibits NF-κB phosphorylation and has a synergistic effect with cisplatin in KB cells". Oncology Reports. doi:10.3892/or.2011.1436.