Pergi ke kandungan

Harvey Weinstein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harvey Weinstein

CBE
Weinstein pada April 2011
Kelahiran (1952-03-19) 19 Mac 1952 (umur 72)
PekerjaanPenerbit filem
Tahun aktif1979–2017
PasanganEve Chilton (k. 1987; c. 2004)
Georgina Chapman (k. 2007; sep. 2017)
Anak-anak5
SaudaraBob Weinstein (adik)

Harvey Weinstein CBE (/ˈwnstn/; lahir 19 Mac 1952) merupakan bekas penerbit filem Amerika Syarikat. Beliau dan adiknya Bob Weinstein ikut menubuhkan syarikat perfileman Miramax, yang menerbitkan beberapa filem bebas yang berjaya, termasuk Sex, Lies, and Videotape (1989), The Crying Game (1992), Pulp Fiction (1994), Heavenly Creatures (1994), Flirting with Disaster (1996), dan Shakespeare in Love (1998).[1] Weinstein memenangi Anugerah Akademi kategori filem terbaik seperti Shakespeare in Love, dan menerima tujuh Anugerah Tony kategori drama dan muzikal, termasuk The Producers, Billy Elliot the Musical, dan August: Osage County.[2] Selepas meninggalkan Miramax, Weinstein dan adiknya Bob menubuhkan The Weinstein Company, sebuah studio filem separa bebas. Weinstein bersaudara ialah ketua syarikat tersebut dari 2005 hingga 2017.

Pada Oktober 2017, berikutan tuduhan serangan seksual terhadap Weinstein, beliau dipecat dari syarikat dan disingkirkan dari Akademi Sains dan Seni Perfileman.[3][4] Pada 31 Oktober, lebih dari 80 wanita menuduh Weinstein.[5] Dakwaan tersebut mencetuskan kempen media sosial #MeToo dan banyak tuduhan penderaan seksual serupa terhadap dan pemecatan banyak individu berpengaruh yang berdepan dengan kes serupa, yang disebut sebagai kesan Weinstein. Pada 25 Mei 2018, Weinstein ditangkap di Bandar Raya New York, didakwa melakukan pemerkosaan dan pelanggaran lainnya, tetapi dibebaskan dengan jaminan.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Kunz, William M. (2007). Culture Conglomerates: Consolidation in the Motion Picture And Television Industries. Lanham, Maryland: Rowman & Littlefield. m/s. 15. ISBN 978-0-7425-4066-8. Dicapai pada August 15, 2012.
  2. ^ Klinger, Barbara (March 13, 2006). Beyond the Multiplex: Cinema, New Technologies, and the Home. Berkeley, California: University of California Press. m/s. 212. ISBN 978-0-520-24586-0. Dicapai pada August 15, 2012.
  3. ^ Farrow, Ronan (October 10, 2017). "From Aggressive Overtures to Sexual Assault: Harvey Weinstein's Accusers Tell Their Stories". The New Yorker. New York City: Condé Nast. Dicapai pada October 10, 2017.
  4. ^ Lartey, Jamiles; Helmore, Edward; Batty, David (October 14, 2017). "Stars welcome Academy move to expel Weinstein over sexual assault claims". The Guardian. London, England: Guardian Media Group. Dicapai pada October 14, 2017.
  5. ^ Williams, Janice (October 30, 2017). "Harvey Weinstein Accusers: Over 80 Women Now Claim Producer Sexually Assaulted or Harassed Them". Newsweek. New York City: IBT Media. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2017. Dicapai pada November 2, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ "Harvey Weinstein charged with rape". BBC News. May 25, 2018. Dicapai pada May 25, 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]