Universiti Harvard
Universiti Harvard Harvard University | |
Motto | Veritas (Kebenaran) |
Didirikan | 8 September 1636 |
Jenis | Swasta |
Presiden | Lawrence H. Summers |
Lokasi | Cambridge, Mass., AS |
Jumlah mahasiswa | 6,650 mahasiswa, 13,000 siswazah |
Kakitangan | 2,497 bukan-perubatan, 10,674 perubatan |
Maskot | John Harvard |
Laman web | www.harvard.edu |
Universiti Harvard (bahasa Inggeris: Harvard University ) adalah universiti swasta di Cambridge, Massachusetts, AS dan anggota Ivy League.
Universiti ini didirikan pada 8 September 1636 dan merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat. Awalnya bernama New College, ia dinamakan semula menjadi Harvard College pada 13 Mac 1639 untuk menghormati penyumbang terbesarnya, John Harvard, seorang mantan mahasiswa Universiti Cambridge.
Rujukan terawal yang memanggil Harvard sebagai "universiti" dan bukan "kolej" terjadi pada tahun 1780.
Institusi
[sunting | sunting sumber]Harvard adalah salah satu universiti paling bergengsi di dunia dan mempunyai pendapatan terbesar di antara universiti-universiti di seluruh dunia (US$22.6 juta pada 2004), hampir dua kali ganda Universiti Yale, pesaing terdekatnya).
Penempatan universiti AS keluaran US News tahun 2005 menempatkan Harvard dan Princeton bersama-sama di urutan pertama [1]. Harvard juga meraih urutan pertama pada tahun 2004, setelah lima tahun di tempat kedua dan ketiga. Times Higher Education Supplement World University Rankings juga menempatkan Harvard di urutan pertama [2] Diarkibkan 2007-05-04 di Wayback Machine.
Fakulti
[sunting | sunting sumber]Harvard kini mempunyai 9 fakulti, disenaraikan di bawah ini menurut masa didirikan:
- Harvard Faculty of Arts and Sciences dan subfakultinya, Harvard Division of Engineering and Applied Sciences, yang bersama-sama meliputi:
- Fakulti Kedoktoran, termasuk Harvard Medical School (1782) dan Harvard School of Dental Medicine (1867)
- Harvard Divinity School (1816)
- Harvard Law School (1817)
- Harvard Business School (1908)
- Harvard Graduate School of Design (1914)
- Harvard Graduate School of Education (1920)
- Harvard School of Public Health (1922)
- Kennedy School of Government (1936)