Pergi ke kandungan

Harimau Jawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Harimau Jawa
Foto Harimau Jawa (1938)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
P. t. sondaica
Nama trinomial
Panthera tigris sondaica
(Temminck, 1844)
Peta taburan harimau Jawa bersejarah

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) ialah subspesies harimau yang pernah kelihatan di Pulau Jawa, Indonesia. Nampaknya subspesies ini sudah pupus sejak 1980-an, akibat kegiatan memburu dan kemusnahan habitat, namun kepupusan harimau Jawa sudah diduga sejak 1950-an, ketika dipercayai bahawa cuma kurang daripada 25 ekor yang hidup di alam liar. Spesimen terakhir harimau ini dijumpai pada tahun 1972. Kiraan jejak pada tahun 1979 membuat kesimpulan bahawa tiga ekor harimau Jawa masih wujud. Ada kemungkinan bahawa sebuah kelompok harimau Jawa yang kecil masih wujud di Jawa Barat, di mana timbulnya desas-desus kelihatan harimau subspesies ini pada 1990-an.[2][3]

  1. ^ Jackson, P. & Nowell, K. (2008). Panthera tigris ssp. sondaica. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 6 January 2009.
  2. ^ Bambang M. 2002. In search of 'extinct' Javan tiger. The Jakarta Post (October 30).
  3. ^ "Harimau jawa belum punah! (Indonesian Javan Tiger website)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-28. Dicapai pada 2021-08-21.

Templat:Cryptozoology