Harimau Borneo
Terdapat usulan diwujudkan mengenai keberadaan speses harimau yang wujud di Borneo pada zaman prasejarah[1][2] berdasarkan pemerhatian dilakukan masyarakat-masyarakat asli setempat di pulau itu terutamanya dari kalangan orang Dayak.[3][4]
Penyelidikan dilakukan
[sunting | sunting sumber]Harimau yang difikirkan boleh wujud dalam pulau ini barangkali berukuran agak kecil seperti jenis yang ada di Sumatera.[5] Penceritaan lisan setempat mengenai harimau ini juga menyatakan ia lebih besar dari seekor harimau dahan berwarna perang berbelang pudar.[3]
Bukti arkeologi
[sunting | sunting sumber]Sekeping serpihan tulang metakarpus berukuran lebih 5 sm serta juga suatu gigi taring atas dan tulang navikular didapati hasil kerja penggalian di Gua Niah, Sarawak antara tahun-tahun 1954 hingga 1966 dikenalpasti datang dari seekor harimau muda yang disimpulkan bahawa harimau sempat hidup di pulau ini selama zaman-zaman Pleistosen akhir dan Holosen awal.[6] Kemungkinan yang didapatkan penemuan ini dikukuhkan dengan penemuan fragmen tulang haiwan sama di pulau Palawan yang ditentukan tidak dibawa hasil dagangan.[7]
Penggalian arkeologis di Sarawak dan Sabah menghasilkanyang diidentifikasi sebagai harimau. Oleh karena itu telah disarankan Sebuah juga ditemukan di Filipina tepatnya. Para arkeolog menganggap tidak mungkin bahwa fragmen-fragmen ini diperdagangkan antara berbagai wilayah selama masa Pleistosen. Tradisi lisan penduduk asli Kalimantan terdapat cerita tentang harimau hidup dalam budaya mereka dengan memperlakukan bagian-bagian tubuhnya sebagai pusaka. Oleh karena itu, diperkirakan bahwa harimau kalimantan ada lebih lama dari zaman prasejarah.
Hubungan dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Bahagian badan haiwan ini seperti kuku sering diwarisi turun-temurun sebagai barangan tangkal dalam masyarakat orang-orang Kenyah, Iban dan Ngaju menjaga diri daripada diganggu semangat-semangat jahat baik dipakai sebagai hiasan langsung mahupun diterapkan pada barangan menunjukkan status seseorang. Perbendaharaan kata menyebut mengenai haiwan ini mahupun berlapik halus mengelak penyeruan ia (sering dipanggil "asu" atau "beruang") turut terwujud dalam bahasa-bahasa dituturkan masyarakat setempat menunjukkan pengetahuan mengenai harimau dalam kalangan mereka.[8]
Motif rupa harimau turut didapati dalam ukiran kayu sama ada untuk tujuan adat agama mahupun dalam binaan moden, bahkan juga dalam lukisan serta corak anyaman tikar dan pakaian tradisi (misalnya pua kumbu).[8][9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Medway, L. (1977). "The Niah Excavations and an Assessment of the Impact of Early Man on Mammals in Borneo" (PDF). Asian Perspectives. 20 (1): 51–69.
- ^ Medway, L. (1977). Mammals of Borneo: field keys and an annotated checklist. 7. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
- ^ a b Meijaard, E. (1999). "The Bornean Tiger; Speculation on its Existence". Cat News. No. 30. m/s. 12–15.
- ^ Kitchener, A. C. & Yamaguchi, N. (2010). "What is a tiger? Biogeography, Morphology, and Taxonomy". Dalam Ronald Tilson & Philip J. Nyhus (penyunting). Tigers of the world: The Science, Politics and Conservation of Panthera tigris. Cambridge: Academic Press. m/s. 59–81. ISBN 978-0-8155-1570-8.
- ^ Kitchener, A. C. (1999). "Tiger distribution, phenotypic variation and conservation issues". Dalam Seidensticker, J.; Jackson, P.; Christie, S. (penyunting). Riding the Tiger: Tiger Conservation in Human-Dominated Landscapes. Cambridge University Press. m/s. 19–39. ISBN 0521648351.
- ^ Piper, P. J.; R. J. Rabett, Earl of Cranbrook (2007). "Confirmation of the presence of the tiger Panthera tigris (L.) in Late Pleistocene and Holocene Borneo". Malayan Nature Journal. 59 (3): 259–267. Dicapai pada 2018-05-29.
- ^ Piper, P. J.; Ochoa, J.; Lewis, H.; Paz, V.; Ronquillo, W. P. (2008). "The first evidence for the past presence of the tiger Panthera tigris (L.) on the island of Palawan, Philippines: extinction in an island population". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 264 (1–2): 123–127. Bibcode:2008PPP...264..123P. doi:10.1016/j.palaeo.2008.04.003.
- ^ a b Sellato, Bernard (22 November 2019). "The Other Tiger: History, Beliefs, and Rituals in Borneo" (dalam bahasa Inggeris). ISEAS-Yusof Ishak Institute.
- ^ Mohamad Maulana Magiman; Alexander Anak Chelum (August 2018). "The Iban's Belief towards the Meaning of Pua Kumbu's Motif" (PDF). Scholars Journal of Arts, Humanities and Social Sciences. 6 (8): 1490–1496. doi:10.21276/sjahss.2018.6.8.1.