Hari Vyshyvanka
Hari Vyshyvanka | |
---|---|
Official name | Hari Vyshyvanka Sedunia |
Observed by | Orang Ukraine di seluruh dunia |
Type | Kebudayaan |
Celebrations | Memakai vyshyvanka |
Date | Khamis ke-3 bulan May |
Frequency | Tahunan |
First time | 2006 |
Started by | Lesia Voroniuk |
Hari Vyshyvanka ialah perayaan antarabangsa yang bertujuan untuk memelihara tradisi rakyat Ukraine yang membuat dan memakai pakaian kaum bersulam yang dipanggil vyshyvanka. Perayaan tersebut diraikan setiap Khamis ketiga pada bulan Mei.[1] Vyshyvanka, bersama dengan pysanka (telur Paskah tradisional Ukraine), salah satu lambang kebudayaan Ukraine yang paling dikenali.[1]
Perayaan ini tidak terikat dengan mana-mana negara, kaum atau agama.[2] Perayaan ini bukan cuti umum.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Idea Hari Vyshyvanka telah dicadangkan pada tahun 2006 oleh Lesia Voroniuk yang pada masa itu mahasiswa Universiti Chernivtsi.[3] Voroniuk mencadangkan rakan kelasnya dan pelajarnya memilih satu hari dan memakai baju vyshyvanka bersama-sama. Pada awalnya, beberapa pelajar dan beberapa ahli fakulti memakai baju bersulam. Namun pada tahun berikutnya, perayaan tersebut berkembang ke suatu tahap sehingga semua orang Ukraine meraikannya. Kemudian, hal ini menarik diaspora Ukraine di seluruh dunia, serta penyokong Ukraine.[4][5] Hari sambutan tersebut sengaja ditetapkan pada hari bekerja dan bukan pada hujung minggu untuk menekankan bahawa vyshyvanka ialah "unsur hidup dan budaya orang Ukraine, dan bukannya artifak purba".[1]
Ulang tahun kelima perayaan tersebut pada tahun 2011 diperingati dengan mencipta Rekod Dunia Guinness bagi bilangan orang teramai berbaju sulam dan berkumpul di satu tempat. Lebih daripada 4,000 orang berpakaian vyshyvanka berkumpul di Dataran Pusat Chernivtsi. Pada tahun yang sama, satu baju bersulam besar (4 × 10 meter) dijahit untuk bangunan pusat Universiti Chernivtsi.[6]
Hari Vyshyvanka pada tahun 2015 diraikan di bawah cogan kata "Beri vyshyvanka kepada pembela". Ia merupakan kempen yang dilancarkan untuk menaikkan semangat lawan askar Ukraine dalam Perang Rusia-Ukraine. Perayaan tersebut diperingati di peringkat dunia, sekitar 50 negara di seluruh dunia menyertai tindakan tersebut.[7][8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Ukrainians celebrate Vyshyvanka Day" [Orang Ukraine meraikan Hari Vyshyvanka] (dalam bahasa Inggeris). Ukrinform. 20 Mei 2021. Dicapai pada 19 Mei 2022.
- ^ "Our vyshyvanka unites the country - President during the flashmob on Vyshyvanka Day in Dnipro" [Vyshyvanka kita menyatukan negara - Presiden semasa aksi rasa kilas pada Hari Vyshyvanka di Dnipro]. president.gov.ua (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Presiden Ukraine. 17 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2018. Dicapai pada 20 Mei 2021.
- ^ "Ukraine marks Vyshyvanka Day on May 18 (Video)" [Ukraine memperingati Hari Vyshyvanka pada 18 Mei (Video)] (dalam bahasa Inggeris). Agensi Maklumat Bebas Ukraine. 18 Mei 2017. Dicapai pada 20 Mei 2021.
- ^ "На День вишиванки у Чернівцях хочуть встановити рекорд" (dalam bahasa Ukraine). Radio Free Europe/Radio Liberty. 5 Mei 2011. Dicapai pada 20 Mei 2021.
- ^ "День вишиванки в Чернівцях". vyshyvanka.net (dalam bahasa Ukraine). 1 Mei 2012. Dicapai pada 20 Mei 2021.
- ^ "У Чернівцях всі одягли вишиванки (ФОТО)". Molodyy Bukovynets (dalam bahasa Ukraine). 5 Mei 2011. Dicapai pada 19 Mei 2022.
- ^ "День вишиванки: історія свята та цікаві факти". Vysoky Zamok (dalam bahasa Ukraine). 20 Mei 2021. Dicapai pada 20 Mei 2021.
- ^ ""Подаруй вишиванку захиснику"" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Ukraine). Kementerian Kebudayaan dan Dasar Maklumat Ukraine. 16 Mei 2015. Dicapai pada 20 Mei 2021.