Pergi ke kandungan

Hari Tanah Lembap Sedunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Tanah Lembab Sedunia disambut pada 2 Februari setiap tahun. Tarikh 2 Februari itu dipilih bagi memperingati tarikh Konvensyen Ramsar yang ditandatangani pada 1971 di bandar Ramsar, Iran.Lebih 96 buah negara di dunia telah menandatangani konvensyen itu. Idea mencetuskan Hari Tanah Lembab Sedunia dicetuskan oleh akvitis alam sekitar rakyat Malaysia, Datuk Dr Anwar Fazal dari USM/CAP.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Laporan Alam Sekitar Malaysia Suku Penggal 1997 menunjukkan keadaan pencemaran semakin serius. Pencemaran meningkat sebanyak 16 peratus di 45 buah sungai yang dipantau. Hanya 7 batang sungai - bersih, 25 - sederhana cemar dan 13 - tercemar.Sungai dianggap sebagai pengangkut sampah

Penilaian Menyeluruh Sumber Bekalan Air Bersih Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan hanya 0.26 % daripada bekalan air dunia boleh digunakan sebagai air bersih. Selebihnya, 97.5 % adalah lautan atau air yang terperangkap sebagai ketulan ais, glasiar, atau air dalam tanah.

Dari tahun 1900 hingga 1995, permintaan terhadap air meningkat sebanyak enam hingga tujuh kali ganda. Menjelang 2025, PBB meramalkan dua pertiga penduduk dunia akan menghadapi masalah air, dan konflik air akan meningkat.

Konvensyen Ramsar 1971

[sunting | sunting sumber]

Konvensyen Ramsar adalah perjanjian antarabangsa mengenai tanah lembab yang menyediakan rangka untuk kerjasama antarabangsa dalam pemuliharaan habitat tanah lembab. Malaysia menandatangani konvensyen itu pada 10 Mac 1995.

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, Wetlands mempunyai pejabat-pejabat cawangan di Australia, Kemboja, China, India, Indonesia, Jepun dan Thailand.

Misinya adalah untuk memapan dan memulihkan tanah lembab, sumber dan biodiversiti untuk generasi akan datang melalui penyelidikan, pertukaran maklumat dan aktiviti pemuliharaan, di seluruh dunia . Wetlands menjalin hubungan rapat dengan agensi kerajaan dalam mewujudkan perancangan yang tidak memudaratkan alam sekitar.

Tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan tanah lembab masih agak rendah. Keadaan itu tegasnya harus diperbetulkan memandangkan tanah lembab adalah seumpama jantung ekosistem. Sekiranya jantung ini tidak berfungsi, ekosistem akan terjejas. Banyak spesis yang akan terjejas, atau juga pupus, termasuk juga manusia.

Hari Tanah Lembab Sedunia cuba memaparkan suatu perkara positif yang boleh dilakukan masyarakat. Biasanya, orang tidak mengambil berat akan isu alam sekitar sehinggalah ada perkara buruk berlaku terhadap mereka. Umpamanya kejadian jerebu teruk pada September 1998. Sebenarnya masalah jrebu itu berpunca daripada kelemahan pengurusan hutan paya gambut di Indonesia. Cawangan Wetlands di Indonesia telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan serta lain-lain agensi memperkenalkan Sistem Pengurusan Bersepadu - pembangunan secara terkawal dan mapan - di kawasan paya gambut itu.


Tasik Bera adalah satu-satunya kawasan Ramsar di Malaysia yang melibatkan Wetlands secara langsung bersama DANCED (Kerjasama Denmark Untuk Pembangunan Alam Sekitar) dan kerajaan Pahang .Tasik Bera diisytiharkan sebagai kawasan Ramsar pada 10 November 1994.

Pulau Kukup sebuah pulau berpaya di barat daya Johor menjadi tempat persinggahan burung hijrah dan disiytiharkan sebagai kawasan Ramsar.


Global Environment Facility (GEF - Dana Alam Sekitar Sedunia) meminta Wetlands Malaysia mengenal pasti kawasan-kawasan yang memerlukan pemuliharaan segera untuk dijadikan projek GEF. Wetlands telah menemui dan memmilih beberapa kawasan di Sabah, Sarawak, Selangor dan Pahang. Tanah lembab itu akan menjadi tarikan pelancong dan dimasukkan dalam agenda aktiviti eco-tourism.

Cara sambutan

[sunting | sunting sumber]
  1. Di Kanada, Ducks Unlimited akan mengadakan majlis memungut derma untuk Pusat Pemuliharaan dan Interpretatif Paya Oak Hammond di Winniepeg.
  2. Di Indonesia , buku Pelan Strategi dan Tindakan Nasional Untuk Pengurusan Tanah Lembab Indonesia dilancarkan . Kempen kesedaran tanah lembab di kalangan kanak-kanak sekolah di sekitar Sungai Ciliwung turut diadakan.
  3. Di Thailand, satu kelas daripada sebuah sekolah daerah di selatan Thai akan diberikan sesi istimewa pendidikan tanah lembab oleh Wetlands International-Thailand. Mereka dibawa ke pejabat Wetlands di Universiti Putera Songkla, Hat Yai untuk menonton dokumentari Wet Wonderland dan The Forgotten Forest serta dibawa melawat Pusat Pemuliharaan dan Pengeluaran Benih Hutan Bakau di Satun.[1]