Hari Peringatan Jeneral Pulaski
Hari Peringatan Jeneral Pulaski هاري ڤرايڠتن جينرل ڤولسکي | |
---|---|
Official name | General Pulaski Memorial Day |
Observed by | Amerika Syarikat |
Type | Cuti kebangsaan |
Date | 11 Oktober |
Related to | Hari Casimir Pulaski |
Hari Peringatan Jeneral Pulaski merupakan hari cuti bagi memberi penghormatan kepada Jeneral Kazimierz Pułaski (dieja sebagai Casimir Pulaski dalam bahasa Inggeris), seorang wirawan berbangsa Poland dalam Revolusi Amerika di Amerika Syarikat (AS). Cuti ini disambut pada 11 Oktober setiap tahun melalui Pengisytiharan Presiden untuk memperingati kematian Pulaski ketika Pengepungan Savana pada 9 Oktober 1779 dan menghormati warisan orang Poland Amerika. Kemunculan hari peringatan ini bermula ketika tahun 1929 apabila pihak Kongres meluluskan satu resolusi (Resolusi Awam 16 1929) dimana ia menetapkan bahawa 11 Oktober adalah Hari Peringatan Jeneral Pulaski. Setiap presiden AS akan mengeluarkan satu pengisytiharan pada hari tersebut pada setiap tahun (kecuali tahun 1930).